Zulkifli Nordin : Kami Peguam Anwar tidak mengambil upah sesenpun selama 8 tahun ! adakah kerana tidak dibayar ?

Bahasa lawyer kena baca elok elok. Terma terma ditulis dengan teliti. Bagi saya maksud : tidak mengambil sesenpun selama 8 tahun menjadi peguam Anwar termasuk 8 peguam yang lain ; mengundang banyak makna.

Adakah kerana mereka ikhlas ? jika ikhlas kenapa sehingga membiarkan diri menderita hingga tutup pejabat, refinance dan sebagainya. …..

atau Anwar tidak mempunyai wang membayar mereka ? kerana tidak berpeluang ke luar negara ambil wang di sana ?

Atau wang ada digunakan membuat rumah baru berharga RM 7 juta selepas memiliki rumah bernilai RM 2 juta ?

Anda klik sendiri di sini jika ingin menjenguk cerita lanjut di blog beliau…atau salinan artikel di bawah ini.

Setahu saya Anwar memang ada rumah 7 juta di Segambut. Perkara ini tidak dinafikan sedikitpun Anwar dan tidak ada orang kena saman kerana dedahkan perkara ini.

Adakah ini kerana ada lagi akan terbongkar jika ia di ada yang kena saman ?

gambar dari blog pemuda kepala batas

– lain lain blog klik sini

atau sini

atau sini

atau sini ( termasuk gambar rumah Azmin Ali – abang Umi Hafilda – adik beradik Azwan Ali )

Artikel Zulkifli Nordin di bawah :

Ikhlas…?


Keikhlasan saya untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kulim untuk memberi laluan kepada DSAI dipersoalkan oleh segelintir orang.
Asas kepada isu ini kerana ada tulisan di dalam blog ini yang menyatakan majoriti orang KBB tidak bersetuju dengan move saya mengosongkan KBB. Perlu saya tekankan di sini bahawa mereka yang tidak bersetuju itu bukan kerana tidak mahu DSAI bertanding di KBB, tetapi mereka khuatir akan berbangkit isu kronisma dalam Pakatan Rakyat nanti bila DSAI, DSWA & NI dudok dalam Parlimen. Dalam keadaan itu ada pulak Lim Kit Siang/Lim Guan Eng & Karpal Singh/Gobind Singh juga dudok dalam Parlimen.
Sebenarnya saya langsung tidak pedulikan isu ini kerana jawapannya mudah..semasa PRU 12 kami di Pakatan Rakyat kekurangan calon kerana ramai yang walaupun menyokong tetapi tidak bersedia menjadi calun kerana takut kalah. Sehingga ada yang terpaksa dipinjamkan ke parti lain untuk menjadi calon. Malahan ada yang terpaksa bertanding di kedua-dua Parlimen & DUN. Semuanya gara-gara kekurangan calun yang bersedia. Malahan saya tahu Nurul memang tidak berminat untuk menjadi calon..apatah lagi baru sahaja menjadi ibu. Tetapi desakan akar umbi dan rakyat Lembah Pantai yang mahukan Nurul bertanding menyebabkan ibu muda Puteri Reformasi ini tiada pilihan.
Kembali kepada isu asal, saya ingin tegaskan soal keikhlasan tidak timbul sama sekali. Malahan setelah keputusan dibuat utk DSAI bertanding di KBB, saya terus terima dengan hati terbuka & bangga. Saya dan rakan-rakan yang mengaturkan himpunan besar-besaran rakyat Kulim di CRC pada 26Julai.
Cuma yang menjadi masalah ialah kerusi KBB tidak boleh dikosongkan serta merta kerana adanya kes Mahkamah. Paling awal pun pada 19 Ogos iaitu hari Mahkamah bersidang. Dan saya memang telah bersedia pada tarikh tersebut untuk mengosongkan kerusi KBB. Ini telahpun dimaklumi oleh DSAI & pimpinan Pakatan Rakyat. Malahan DSAI dalam pidatonya di Kulim menyatakan bersedia bertanding di KBB setelah Mahkamah mengisytiharkan KBB kosong.
Namun perkembangan mutakhir menukar perancangan apabila maklumat diterima pada hari Rabu malam bahawa kemungkinan DSAI akan dikenakan pertuduhan meliwat dalam masa terdekat. Maka pimpinan PKR telah mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan pilihanraya kecil perlu dibuat segera. Bagi mereka menunggu 19 Ogos mungkin akan terlambat nanti. Sebab itulah keputusan dibuat mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta-merta untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan segera. Saya satu-satunya orang yang membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya DSAI & pimpinan PKR memikirkan semula keputusan tersebut. Namun mereka kekal dengan keputusan tersebut. Walaupun saya sangat sedih namun tetap akur dengan keputusan pimpinan tersebut.
Saya merasakan soal keikhlasan tidak timbul langsung dalam perkara ini. Saya telah bersama dengan DSAI sejak 1998. Di kala rakan-rakan dia ada yang lari menjauhkan diri daripada DSAI apabila dipecat..saya terjun mempertahankan beliau sehingga kini.
Bukan sahaja saya kehilangan karier sebagai peguanm berikutan penarikan balik kerja-kerja guaman oleh panel-panel, malahan saya pernah ditahan ISA bersama dengan DSAI pada tahun 1998. Lokap & penjara menjadi rumah kedua saya dalam mempertahankan DSAI. Malahan selama 8 tahun kami peguam utama DSAI seramai 9 orang tidak mengambil sesen pun bayaran untuk khidmat guaman membela DSAI. Sehingga ada antara kami peguam yang terpaksa menutup pejabat, refinance rumah, menjual kereta. Ada yang pejabatnya dipecah masuk. Ada yang keretanya dipecah & dicuri dan macam-macam lagi. Malahan ada yang sehingga meninggal dunia saperti Sdr. Christopher Fernando. Itu semua adalah pengorbanan kecil kami untuk membela DSAI yang dizalimi.
Perlu saya tegaskan bahawa yang kami pertahankan & bela bukan individu..tetapi kezaliman yang dilakukan. Perkosaan terhadap sistem kehakiman & perundangan, kerakusan terhadap sistem kepolisian & keselamatan, penganiayaan terhadap individu-individu tertentu, penyalahgunaan kuasa & instrumen pemerintah..dan banyak lagi yang cuba kami cegah. Itulah yang cuba kami pertahankan. Kami peguam perlu bersikap professional..kami tidak boleh terlalu mengikut rentak mainan politik kerana itu akan mencemar integriti profesion guaman.
Atas sebab itu saya tidak bersetuju dengan khabar angin yang menyatakan akan ada tangkapan terhadap DSAI dalam tempoh 48jam pada Khamis lepas. Ini kerana saya sebagai peguam tahu tidak mungkin tangkapan & pertuduhan akan dikenakan terhadap DSAI dalam 48 jam kerana Peguam Negara belum pun menerima kertas siasatan dari pihak polis. Dan apabila menerimanya pun pihak AG perlu menapis & menganalisa semua keterangan & bukti yang dikemukakan polis. Sudah tentu ini memerlukan masa. Apatah lagi timbul isu lapuran Pusrawi yang kelihatannya saperti menidakkan berlaku liwat. Sudah tentu pihak AG akan menyiasat dengan lebih teliti. Saya cukop yakin Dato’ Idrus Ibrahim, Peguamcara Negara yang mengetuai pasukan pendakwa akan lebih berhati-hati, tambahan pengalaman lalu tahun 98 mengajar mereka. Tentu Dato Idrus tidak lupa kepada nasib Peguam Negara masa itu Allahyarham Tan Sri Mohtar yang meninggal dalam keadaan menyayat hati..tengkorak kepalanya terpaksa dibuka dan mati beliau dalam keadaan keseorangan.
Saya khuatir dengan mainan khabar angin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan rakyat diprovok untuk mengambil tindakan diluar undang-undang. Saya lalui sendiri peristiwa tahun 98 dimana akhirnya DSAI dikenakan pertuduhan dan dinafikan jamin kerana apa- kerana Mahkamah Rayuan menggunakan alasan demo besar-besaran rakyat sebagai alasan DSAI tidak boleh diberi jaminan.
Sebab itu dengan pengalaman lalu saya berpendapat we better work smart. Akhir kalamnya kita mahu kalaulah benar mereka mahu mengenakan pertuduhan terhadap DSAI..sekurang-kurangnya biarlah beliau diberikan jaminan sementara perbicaraan berjalan. Di waktu yang sama, kami sedang berusaha keras untuk meyakinkan Peguamcara Negara Dato’ Idrus supaya menggugurkan pertuduhan yang bakal dikenakan terhadap DSAI.

Adios..cheerio..

Zulkifli Noordin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s