Komen saya di Blog Kickdefella ; satu nasihat ambil berkat bulan Nabi Rahmat.

masjid_nabawi-1.jpg

Sebelum ini saya jarang mengisi ruang komen, tetapi saya rasa sudah sampai masanya taktik menyerang diganti denga menerang. Menjelaskan dan memujuk.

Orang susah mengalah jika dilawan. Namun hatinya akan terdetik keinsafan jika digunakan kaedah memujuk dan mencari titik pertemuan dan mengambil segala kelebihan lawan agar dapat digunapakai untuk Islam.

Orang jahat sekalipun akan berubah dengan izin Allah. Orang terlalu baik sekalipun tidak mustahil boleh berubah. tidak terkecuali penulis sendiri yang masih risaukan dirinya yang amat jauh dari Allah dan kurang persiapan menemuiNya nanti selepas mati.

Saya siarkan kembali sedikit komentar saya; yang saya anggap ia sebagai surat – mencontohi kaedah ulama- yang selalu mengutus surat kepada sesiapa yang ingin diberi nasihat, satu manifestasi pengamalan dengan sunnah Nabi junjungan yang selalu mengutus surat kepada pemerintah pemerintah dunia demi mengajak mereka menjadikan Islam sebagai dacing kehidupan.

surat-wasiat.jpg

Saya harap apa yang dituliskan di sini dan di sana ada manfaatnya untuk semua UMAT NABI MUHAMMAD s.a.w yang teruk diserang kiri kanan depan belakang oleh musuh musuh Islam.

Ya Allah Ampunkan Umat Saidina Muhammad s.a.w

Ya Allah Redhailah Umat Saidina Muhammad s.a.w

Ya Allah Lemah lembutlah untuk Umat Saidina Muhammad s.a.w

Ya Allah Lebihkanlah Umat Saidina Muhammad s.a.w

Ya Allah lindungilah Umat Saidina Muhammad s.a.w

Amin ……….

//images.rwj118.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/Rp9F4QoKCq0AAAfIAcU1/DSC04322.JPG?et=9FMxW1o8l%2CPeM7Bsuri9kw” cannot be displayed, because it contains errors.

Ini komen saya di bawah tajuk Forum Bar Council Agenda Abdullah ( moga disiarkan )

semua Pak Lah yang kena. Husam tak lah kena kena pula.

Mana Husam semalam ? mana Nik Aziz semalam ?

UMNO bukan parti nama Islam. Namun menjadikan Islam menjadi mizan (dacingnya.)

Pas nama Islam dan bersimbolkan bulan.Simbolik kepada Baginda s,a,w,…tentu kuasa dua islamnya dan kuasa dua pergerakannya menentang majlis tersebut.

Yang saya tahu anda juga tidak berada di sana semalam.Anda berada di Putrajaya menjadi penyampai FFM21 bersama saudara Aziz M Osman…..

Saya menunggu artikel isu menantu Nik Aziz keluar di sini. Adakah selantang itu juga anda mengkritik parti baru anda ini tanpa mengira terjejas atau tidak gaji anda bekerja dengan Husam.

apa ? anda menyepit dan tersepit dengan artis artis di FFM 21 semalam ?

Atau kepala terbalik pening tengok ‘belahan dada’ dan juga lurah gunung di majlis sana ? seperti bendera terbalik anjuran anda sekarang ini ?

siapa pula nak diusung ke Kelantan selepas ni ? agak agak Fasha Sandha ?

Apa cerita ‘drama dalam kelambu ‘ zaman zaman dulu ? tak tersepit ?

Nasihat saya, bagus artikel bab filem disiarkan disini dari terus berpolitik menyusahkan kerajaan dan menjadikan rakyat makin marah dengan ‘hasutan’ anda yang tidak henti henti.

hentikan membalikkan bendera sebelum kepala anda dibalikkan oleh patriotik negara kerana menghina panji kebanggaan negara Malaysia. Negara yang ada jasanya di dalam menaikkan nama Agama saya dan awak juga.

Anda suka ISA ? Tak tahu penarik beca kena tahan sebab menghina lambang polis ?

Itu lambang polis. Apatah lagi lambang NEGARA MALAYSIA !

Nak popular macam Raja Petra ? masuk keluar penjara ? macam Anwar ?

Moga Allah mengampuni saya dan anda…

Sudahlah dan berhentilah. Lebih baik anda cari kebaikan yang ada dalam kerajaan dan sebarkan kepada rakyat.

Seperti saya melihat anda pada nama syed anda yang mana dari nama keturunan nabi dan seharusnya dibaca dengan bangga dan bertindak mewarisi sifat nabi yang menjadi penyatu semua kabilah dan bangsa di mekah dan madinah bahkan seluruh alam.

Walaupun Islam menegaskan zuriat bukan syarat iman mantap, tetapi saya berharap saudara menjadi pendamai antara umat.

Pengalaman saudara di dalam UMNO di Sri Hartamas dan juga pengalaman di dalam PAS diharap dapat membantu menyelamatkan umat ini dan menjadikan perpaduan antara Melayu sama Melayu dan juga sesama bangsa kafir / non muslim yang tidak BENCIKAN Islam akan juga semakin bertambah baik dari masa ke semasa….

Maaf kerana panjang bicara saya, namun ia berkat bulan Syabaan yang mana bulan Datuk segala orang bertakwa; Rasulullah s.a.w.

Selamat menyambut Ramdhan, bulan umat Rasulullah saw pula tidak lama lagi.

https://pedangberbisa.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s