Liputan berita ‘mendidihkan iman’ kita tentang kebiadapan KAFIR HARBI menganjurkan FORUM MEMELUK ISLAM

Tahniah kepada semua yang bersatu tenaga dan masa menentang FORUM MEMELUK ISLAM yang sari pati perjalanannya dapat ditontong di bawah menerusi klip berita dari TV3

Berita tentang rancangan penganjuran tersebut telah disiarkan TV3 1 Ogos 2008 lalu di sini.

Penglibatan UMNO( menerusi GPMS/ Kelab Alumni UMNO Luar Negara ), PKR dan PAS melambangkan bahawa ikatan keagamaan masih kuat antara satu sama lain. Mereka bersama sama telah sedar bahawa Presiden Majlis Peguam begitu degil hingga memberitahu dengan lantangnya selepas dinasihati agar menghentikan forum : “Ini hak kami dan kami mengalu-alukan sesiapa untuk menyertai forum,” kata beliau.

Inikah detik perpaduan antara parti parti Melayu akan mula bersatu selepas 40 tahun mereka pernah mengikat dengan kerajaan campuran bernama Perikatan memerintah Malaysia antara Umno dan Pas ? mungkinkah muzakarah yang diubah menjadi Muqabalah akan diteruskan dan semakin laju prosesnya hingga mencetuskan titik perdamaian setelah sekian lama di dalam perpecahan sesama bangsa dan agama ekoran Forum ini ?

Semua ada akal dan kita yakin akal akan memberikan pedoman dari panduan hati yang bersih di dalam menilai adakah Bar Council yangmembela PKR patut diberi muka atau tidak di dalam soal ini.

Pastinya situasi ini akan menekan Anwar yang sedang menunggu saat saat ‘bahagia’ kembali ke Parlimen dan tentu ikatan Pakatan Rakyat akan tercemar dengan kehadiran dua wakil rakyat PKR yang menunjukkan hasrat mereka menentang majlis tersebut yang tentu tidak digemari oleh kafir harbi bernama Karpal Singh dan sekutu kutunya..
Protes itu telah disertai ahli dan penyokong 29 pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Majlis Angkatan Antara Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (Mapan).

Antaranya ialah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), GPMS, Persatuan Rakyat Islam Muslim Malaysia (IRIM), Pekida, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Alumni Kelab Umno Luar Negara.

Yang lain Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN), Persatuan Al-Hidayah, Belia Perkim, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Al-Hunafa dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.

Turut sama Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Yayasan Kerjaya Malaysia, Kelab Cinta Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan.

Pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat juga menyertai bantahan itu.

PKR diwakili oleh dua ahli Majlis Tertingginya iaitu Badrul Amin Baharum dan Latheefa Koya.

– sumber mStar Online

Lihatlah bagaimana bukan Islam jenis kafir harbi ini sedang berusaha mengganggu agama kita dan sudah pasti kita perlu berjuang dengan apa jua yang kita miliki menghentikan perkara ini selagi ia di dalam batas batas undang undang.

Melanggar undang-undang dilarang Islam dan kita boleh lagi menggunakan peruntukan undang undang bagi menghalang aktiviti menghiris hati umat Islam ini berulang lagi kali ketiga selepas kali pertama tempoh hari.

Betullah tok nenek kita pesan : Bersatu teguh Bercerai Roboh.

Nabi pun tinggal wasiat : hendaklah kamu sentiasa berjemaah ( organisasi )…

Saidina Ali krm: Hak tanpa susunan (organisasi ) akan dikalahkan batil yang bersusun ( organisasi )….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s