Gila ke apa libatkan anak Najib ke dalam isu politik Malaysia ?

Ini video anak yang saya difahamkan anak Najib Tun Razak yang ditemui di blog No2UMNO. Video mengandungi gambar seorang anak muda yang saya yakin tidak pernah menjadi ahli politik sehingga saat artikel ini ditulis. Yang menjadi mangsa keadaan dan serangan liar pembangkang.

Selepas mendedahkan Saiful yang menjadi mangsa liwat ada datang bertemunya, Najib digosipliarkan dengan konspirasi liwat bahawa ia tindakan beliau menyekat Anwar.

Terkini 20 Ogos lepas satu video di bawah telah diuploadkan dan ia melibatkan anak Najib Tun Razak @ Rosmah Mansor. Di hari kematian ayahanda mertua iaitu ayah Rosmah yang menemui Tuhan hari yang sama, tentu ia satu lagi kesedihan berganda ekoran gambar anak lelaki mereka berdua menjadi bahan politik Anwar and the gang. Sikap buruk inilah yang ‘didiamkan’ Anwar dan tidak dihalang sedikitpun.

Anwar nampaknya merelakan semua ini. Sedangkan pertembungan beliau dengan Najib tidak seharusnya dilibatkan oleh peribadi atau keluarga mereka sendiri. Bayangkan juga jika ada gambar anak Anwar, Ehsan berpelukan dengan perempuan ? atau Nurilham dengan jantan di kelab malam ? apa perasaan mereka ? Bukankah Allah boleh membalas perbuatan jahat mereka dengan lebih teruk lagi ???

Justeru politik harus adil dengan tidak mencampur baurkan antara politik dengan peribadi. Bahkan BN sendiri tidak mahu menjadikan isu liwat sebagai senjata kempen. Justeru kenapa Anwar masih lagi mahu isu peribadi diizinkan bergerak menemui pembaca satu dunia dengan video tersebut ?

Itulah realitinya sekarang dan kita tahu pasti rakyat akan meluat dengan tindakan penyokong PKR atau Pakatan Rakyat ini yang jelas melanggar etika dan norma biasa seorang manusia yang menghormati orang dan menjaga dari menyebarkan aib sesama manusia…

Mungkin kita gerakkan kempen dedahkan ‘betapa buruknya’ pembangkang menjadikan anak TPM sebagai bahan kempen mereka untuk kemenangan politik ANwar yang ‘ tergila gilakan’ kerusi Pak Lah sekarang. Anwar sudah tidak relevan…Mengutuk UMNO selepas dikeluarkan dari kerajaan walhal hampir 20 tahun menjadi anggota pentadbiran negara tanpa ada apa yang salah silap dihebohkan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s