Nik Aziz bukan ‘wali’ untuk mencuci sumpah liwat Saiful Bukhari

Dalam Malaysiakini – http://malaysiakini.com/news/88363 – Nik Aziz dilaporkan Malaysiakini bahawa beliau meragui sumpah Saiful Bukhari. Kenyataan yang tidak jelas sama ada ‘berbayar’ atau ‘bermuslihat’ tidak dapat kita pastikan setakat ini.

Cuma, mahkamah tidak selesai lagi menjalankan perbicaraannya dan ‘ baraah’ atau melepas diri oleh Nik Aziz atas Anwar Ibrahim ; dengan maksud menolak dakwaan liwat tersebut, satu lagi permainan politik menggunakan agama oleh Nik Aziz.

Mungkin terlalu banyak cerita menarik dan’  muluk muluk ‘disampaikan oleh Husam Musa yang hadir sama berkempen di Permatang Pauh demi kemenangan Anwar , mungkin antara sebab menuzulkan (menurunkan)   ‘ ayat ragui sumpah’ di atas…
Bahkan sudah tersebar di internet rayuan dari katil hospital, tektik menarik sokongan pengundi Melayu agar menyokong Anwar.

Cuma, bagi saya jika dah nak mati sekalipun Nik Aziz tidak patut merayu untuk seorang yang telah menjadi :

– PENGKHIANAT BANGSA MELAYU / ISLAM

– PENYOKONG TERNAK BABI RM 100 JUTA DI SEPANG

– PENDOKONG HINDRAF YANG BIADAP TERHADAP ISLAM

– PEJUANG PLURALISME

– MENYOKONG GUNA NAMA ALLAH UNTUK GEREJA KRISTIAN

– DIPENJARA 6 TAHUN KERANA SALAH GUNA KUASA DAN LIWAT

– GOSIP MELUAS DENGAN AGEN AGEN BARAT / YAHUDI –

– SKANDAL SEKS DENGAN ISTERI DAN LELAKI JAMBU

– KORUPSI dan banyak lagi ‘noda noda silam’ beliau.

dibiarkan oleh Nik Aziz untuk meraih sokongan majoriti pengundi Permatang Pauh. Walhal Nik Aziz KENA SEDAR FATWANYA BAHAWA MENYOKONG UMNO KAFIR KERANA BERSEPAKAT DENGAN BUKAN ISLAM ( JANGAN BACA : KAFIR HARBI ) SEDANGKAN PAS LAGI TERUK KERANA BERSEKONGKOL DENGAN KARPAL SING , LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG, TERESSA KOK YANG JELAS MENOLAK UNSUR UNSUR ISLAM DIPRAKTIKKAN DI MALAYSIA!

Inilah kafir Harbi ( memusuhi Islam ) dan merekalah golongan tidak boleh dijadikan teman rapat atau kawan mencari undi politik.

Tetapi Nik Aziz semakin hujung usia semakin ‘celupar’ mulutnya….

Saya doakan Allah membersihkan hati saya dan hati beliau dan menjadikannya kembali sedar bahawa UMNO satu satunya parti yang mempraktikkan Islam dari dulu hingga sekarang.

Soal perlakuan melanggar syariat, adakah UMNO arahkan atau mereka tidak sedar dan belum mendapat hidayat ?

Lain benar jika seseorang mencuri dan dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Islam. Begitu juga jika ada melanggar syariat di kalangan UMNO maka ia kelemahan individu terbabit yang perlu didoakan dengan khusus di dinihari ke hadrat Allah Taala.

Bukan doa senjata orang beriman ????

Moga Allah memberi hidayat kepada seluruh umat Saidina Muhammad s.a.w…..

7 thoughts on “Nik Aziz bukan ‘wali’ untuk mencuci sumpah liwat Saiful Bukhari

  1. poknik says:

    hanya jauhari mengenal maknikam. Itu permulaan bicara dan komen saya terhadap tulisan saudara pemilik blog yang mungkin sedang dilanda sindrom kekeliruan, atau mungkin juga sedang keliru bahawa dia keliru.

    Saudara,
    Saya lebih suka mengambil sikap berlapang dada dan profesional dalam melayari mana-mana blog politik khususnya blog-blog yang mempunyai kecenderungan untuk bersikap ‘bias’ kepada sebelah pihak. Namun, bilamana blog saudara ini saya layari satu persatu, ke segenap isi dan ruang, saya tidak boleh elakkan diri saya dari membuat andaian awal. Bagi saya, blog saudara ini tidak lebih daripada blog yang muncul untuk menjadi pencacai politik, mengampu sana-sini, dan menyiram suburkan benih-benih fitnah semata-mata.

    Blog ni juga memaparkan kekeliruan saudara berkenaan apa itu yang dikatakan politik. Cuba kita perhatikan satu persatu….

    “…Nik Aziz bukan ‘wali’ untuk mencuci sumpah liwat Saiful Bukhari…”
    yeah, mungkin beliau bukan ‘wali’ pada pandangan mata kasar saudara atau saya, sebab kita tengok beliau sebagai seorang politikus, bukan agamawan. Tapi dikalangan ulama’ yang tidak berkepentingan, mereka tau sapa itu Nik Aziz yang bukan ‘wali’ itu. Tanya dan santuni lah mereka kalau nak tau lebih lanjut.
    —————————————————————————-
    “…Cuma, mahkamah tidak selesai lagi menjalankan perbicaraannya dan ‘ baraah’ atau melepas diri oleh Nik Aziz atas Anwar Ibrahim ; dengan maksud menolak dakwaan liwat tersebut, satu lagi permainan politik menggunakan agama oleh Nik Aziz…”

    Menggunakan agama? Itulah masalahnya kita hari ini, bilamana ulama’ mengeluarkan pandangan berdasarkan nas-nas dan hujjah dari Kitabullah, kita kata mempergunakan agama. Tapi bila Islam hanya dijadikan alat untuk menyedapkan mata dan halwa telinga, padahal dalam masa sama maksiat masih lagi kita lakukan, kita kata mereka itu pejuang agama. Saudara patut selidik dan belajar apa itu mempergunakan agama dan apa pula yang dimasukkan agama digunakan untuk menyelesaikan duduk satu-satu perkara. Sebagai agamawan ulung, Nik Aziz tidak boleh dan tidak akan lari dari konteks agama. Itulah namanya pejuang agama yang betul2 ikhlas memperjuangkan agama.
    —————————————————————————
    “….Bahkan sudah tersebar di internet rayuan dari katil hospital, tektik menarik sokongan pengundi Melayu agar menyokong Anwar…”

    Itulah manisnya hidup pejuang Islam, dan ikhlasnya hidup pejuang Islam. Walau terlantar di katil hospital, tetapi masih lagi sempat memikirkan hal ehwal rakyat dibawahnya. Walaupun dia tau, diri sendiri sedang dilanda derita dan terlantar di katil hospital. Lagipun, apa salahnya Nik Aziz membuat rayuan dikatil hospital. Meraih simpati? Ye mg betul Nik Aziz berbuat demikian untuk meraih simpati. Salah? Tidak sikit pun letak salahnya. Bukankah salah satu cara untuk merayu undi adalah dengan meraih simpati? Saudara kena faham duduk perkara, politik ni salah satu cabangnya adalah simpati, dalam bab-bab berkaitan pemberian undi dan sokongan. Dan disusuli oleh sebab-sebab lain yang lebih utama. Kalau politik semudah ini pun saudara tidak dapat hadam cerna, macam mana saudara boleh mengeluarkan pendapat itu dan ini, begitu dan begini yang menyentuh secara langsung dunia politik?
    —————————————————————————-
    “…Saya doakan Allah membersihkan hati saya dan hati beliau dan menjadikannya kembali sedar bahawa UMNO satu satunya parti yang mempraktikkan Islam dari dulu hingga sekarang…”

    Saya mulai terkeliru dan tidak pasti, dari sudut mana saudara memandang dan melihat umno sebagai satu-satunya parti yang mempraktikkan Islam dari dulu hingga sekarang. Adakah menolak hukum Hudud dan Qisas itu adalah langkah mempraktikkan Islam di dalam Umno? Adakah unsur-unsur rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, politik wang, judi, maksiat, raba punggung, scandal sex adalah serupakan sebahagian bukti bahawa Umno selama ini mempraktikkan Islam?? Jangan saudara, jangan sesekali saudara merosakkan dan merendahkan martabat Islam begitu sekali. Banyak buruknya, malah tiada langsung baiknya saudara.
    —————————————————————————-
    “…Soal perlakuan melanggar syariat, adakah UMNO arahkan atau mereka tidak sedar dan belum mendapat hidayat ?…”

    kenyataan yang saudara keluarkan ini bagi saya tidak lebih daripada satu kenyataan untuk melepas dan meloloskan diri dan tanggungjawab. Kalau betul umno anti segala kemungkaran, penyelewengan, dan bermacam-macam kedurjanaan, mengapa tidak diprogramkan umno itu sebagai satu parti tarbiah dan dakwah sebagaimana PAS? Macam mana anak ketam bisa berjalan kehadapan, kalau ibu yang mengajarnya berjalan kehadapan pun masih berjalan mengiring????
    —————————————————————————-
    “”…Bukan doa senjata orang beriman ????

    Moga Allah memberi hidayat kepada seluruh umat Saidina Muhammad s.a.w…..”

    Yeah, doa itu senjata orang beriman dan mukmin, tapi bukan bagi org yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik, contohnya dengan memperkenalkan Islam Hadhari. Tidak cukup lengkapkah Islam yang Baginda Rasulullah S.A.W bawa sebelum ini hingga kita pada hari ini perlu memperkenalkan satu gagasan dan pendekatan baru bernama Islam Hadhari??? Dalam Islam yang Nabi bawa dulu tiada kah pendekatan-pendekatan yang releven yang sesuai untuk masa sekarang???

    nota,
    kayunya bengkak bengkok, masakan bayangnya lurus.

  2. miraaliyah says:

    “Saya doakan Allah membersihkan hati saya dan hati beliau dan menjadikannya kembali sedar bahawa UMNO satu satunya parti yang mempraktikkan Islam dari dulu hingga sekarang.”

    SEBENARNYA AKU MAU TERGELAK DENGAN APA YANG KAU DOAKAN INI…APAKAH KAU SUDAH BUTA MATA DAN HATI?? MEMANG HATI KAU SAHAJA PERLU DIBERSIHKAN DAN APABILA IA BERSIH BARULAH KAU BERSIHKAN HATI ORANG LAIN. PADA MASA ITU MUNGKIN DOA MU AKAN MAKBUL

  3. hazrazmi says:

    baloh la puok puok mu…set yb yb pakat dok kupul hareta..kalu ada pon tak ramai hok jurus..main pati pun kna ingat jugak wey..kalu sapai x semaye bang..baloh kekoh..ngudoh kokmu kak ku..tunggu la masonya negaro kita pecoh beloh.kalu nok pilih pmimpin tu bia la hok buleh tupe dunio..tumpe akhirat weh.

  4. Yap Ah Lai says:

    ini budak memang banyak bingai punya budak.
    bahalol tolol samdol

  5. an-nu says:

    Wuiyo…..sayang benor korang dgn DSAI.Aku sayang jugak…Why, orang kena liwat dan bersumpah dianggap memfitnah.YBnya gambar bogel…cuma hal peribadi dan bagi cuti..masuk pas.dapat pas masuk syurga.Sapa2 yang banyak dosa….jangan lupa masuk pas untuk dapat pas masuk syurga.Sokong penuh DSAI n Nik Ajiz

  6. Muhammad Hisham says:

    ALLAHUAKBAR….
    USAHALAH ATAS IMAN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s