Kerajaan mengalu alukan pandangan blogger – dan mereka kena menulis dengan bertanggungjawab

Penulis blog perlu profesional

KAJANG 30 Ogos – Kementerian Dalam Negeri menasihatkan penulis-penulis blog di negara ini agar bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab dalam penulisan mereka di laman web masing-masing.Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, jika mereka tidak menitikberatkan soal kesahihan dan tanggungjawab dalam penulisan, ia bakal mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini.

Selain itu, kata beliau, penulis-penulis blog tidak sepatutnya menimbulkan ketakutan dalam masyarakat dengan penyebaran berita provokasi yang tidak berasas kerana ia boleh menghuru-harakan negara.

Jelasnya, jika penulis blog ingin mengkritik mengenai sesuatu perkara, biarlah ia sesuatu yang betul dan mempunyai alasan yang berasas serta kukuh.

“Kementerian memandang serius perkara ini kerana pelbagai amaran telah diberi kepada pengguna siber supaya jangan menyalahgunakan ruang siber untuk tujuan tertentu.

“Jika kritikan yang diberikan itu betul dan dapat membantu membangunkan negara ia sangat dialu-alukan. Tapi jika ia disalah guna dengan memfitnah atau memburukkan orang lain, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mengambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Menyemarakkan Semangat Merdeka di Dewan Kelab Sukan Penjara Kajang di sini hari ini.

Tambah Syed Hamid, penulis-penulis blog tidak sepatutnya menyalahgunakan kelonggaran yang banyak diberi oleh kerajaan dalam penggunaan ruang siber di negara ini.

Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman web Malaysia Today, beliau berkata, ia merupakan tindakan yang wajar ke atas laman web tersebut.

Jelas Syed Hamid, kementeriannya tidak mempunyai kaitan dalam memberi arahan mengenai penyekatan itu.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam kenyataannya menegaskan, tindakan menyekat laman web Malaysia Today disebabkan artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad saw.

Syed Hamid menambah, tindakan itu wajar ekoran laman web berkenaan menimbulkan isu mengenai sensitiviti agama.

Katanya, ia juga tidak mencerminkan rasa hormat dalam soal agama dan boleh menimbulkan kekecohan serta perbalahan antara masyarakat negara ini jika isu berkenaan dipermainkan.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau negara Barat turut mengecam jika soal agama dipermainkan, apatah lagi kita di Malaysia.

“Oleh itu, jika seseorang individu membuat kritikan tanpa asas yang kukuh dan cuba untuk memburukkan orang lain, pasti tindakan akan diambil,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s