Pak Lah dengan kesabaran ‘luar biasa’ yakin dengan Allah berserta dengan orang sabar – SH Alattas

Tulis SH Alattas @ Pak Habib :

Pak Lah dengan sifat ‘sabar’ yang luar biasa yakin Allah berserta dengan orang yang ‘sabar’. Apakah anda tak percaya mujizat yang dianugerahkan pada para awlia, karamah pada para ‘wali Allah’ dan kecerdikkan kepada manusia yang berakal? Di waktu terdesak akan datang pertolongan Allah. Para ambia dan aulia menerima ujian yang jauh lebih besar namun sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah.

https://i2.wp.com/din.huluselangor.net/UserFiles/Image/PakLah_headache.jpegMenung, fikir dua tiga kali apa yang anda sudah baca. Politik, politik juga. Tuhan jangan lupa. Bila lagi mahu kenal diri rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata. Hidup ini sementara, jangan pisahkan politik dari agama, biarpun dunia belum kiamat. Kita sudah berada di penghujung, tanda-tanda dunia akan kiamat sudah dekat. Tahukah anda bencana yang menimpa bangsa dan negara kita hari ini akibat memisahkan politik dan agama? Kita lupa pada kekuasaan Allah yang Maha Kuasa. Bila lagi mereka yang sesat di hujung jalan mahu kembali ke pangkal jalan? Sampai bila kita menyembah ego, harta, wanita dan manusia durjana? Bila lagi mereka yang ‘sakit’ mahu mencari ubat, yang berdosa mahu bertaubat?

Mengikut Dato’ Norza ada orang kata, budi pekerti Pak Lah macam Tok Sami Buddha. Pak Lah mudah percaya setiap orang yang datang mengadu masalah mereka kepadanya, dia cuba tolong. Pak Lah seperti Tok Sami walaupun yang datang itu perompak dan penyamun dia layan dengan baik. Anak cucu ‘ulama’ keturunan orang baik-baik mesti ada sikap ikhsan, dia mudah kasihan, sikap ‘khusnuzan’, sentiasa berbaik sangka, hidup dihati dia. Betul ke dia tak tahu yang dia kena main, dia kena tipu dengan ‘penyamun tarbus’? Saya berfikir, dia sendirian atau orang dikelilingnya tak buat apa-apa, tak jaga boss, ada yang macam ‘penyamun tarbus’?

Akibat mudah mempercayai kata-kata orang jahat kononnya mereka teraniaya, bila permintaan mereka tak dapat dilayan sepatutnya akhirnya dia yang teraniaya dan dizalimi. Apakah kerana mahu jadi orang baik yang menyebabkan dulu dia Mr. Clean man, Mr. Nice Man ditukar oleh tukang ‘sihir’ menjadi ‘public enemy’ atau ada hikmah, hanya Allah saja yang tahu.

Hidup menjawab soalan, mati pun nanti mesti menjawab soalan di depan Tuhan. Sudahkah anda membuat persiapan? Mari kita melatih diri kita supaya tidak terlibat dengan penyakit fitnah yang lebih dahsyat dari ‘dadah’ dan lain penyakit sosial yang sedang menyerang bangsa kita, terutama penyakit ‘suka berbohong’ dengan cerita ‘half truth’ separuh benar, separuh bohong, cerita ong-ong.

Kenapa ‘orang kita’ mudah dibohongi dan mudah terpedaya dengan manusia yang suka berbohong, yang cakap kosong dan ‘ceklat angin’? Mungkinkah kerana kita lebih percaya siapa yang berkata dari apa yang dikata? Jangan tanya siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata?

Apakah akibat malas membaca? Atau penyakit mengutamakan jenama sedangkan kita tahu jenama jeans atau baju yang kita pakai itu barang tiruan, palsu? Jenama punya pasal kita tak peduli kita kena tipu.

Orang yang tak berilmu begitu mudah dijadikan alat oleh mereka yang mungkin tak dapat projek, tak dapat sesuatu atau yang bersikap prejudis ditambah sikap P.H.D yang dikaitkan dengan bangsa Melayu? Sampai bila sikap ini mahu diubah?

Kita makhluk yang bernama manusia adalah makhluk yang berakal. Kenapa tak guna ‘akal’ dan fikiran kita atau akal dijadikan Tuhan akibat kurangnya ilmu kerohanian?

Bangsa kita ‘sakit’ akibat di serang selsema, ‘fitnah’. Sindrom wabak ‘fitnah’ mudah menjangkiti orang yang tak beriman. Patutkah kita berpeluk tubuh tak buat apa-apa? Apakah anda tidak mahu menyumbang sesuatu pada bangsa anda? “Ask what you can give to your country not what your country can give you” – John F. Kennedy.

Mahathir_Soros_0110.jpgTun Mahathir dan George Soros ( gambar dari Blog Jeff Ooi )

Apakah kita tak merasa malu membiarkan diri dijadikan seperti ‘anjing’? Seekor anjing menyalak semua anjing lain menyalak sama. Apakah anda tak tahu adanya pemimpin kita yang sudah jadi seperti anjing kurap yang ada penyakit gila sanggup mengigit orang yang tak berdosa dengan kita?

Kita bukan anjing. Kita adalah ‘insan’ sebaik-baik makhluk kejadian Tuhan. Kita ada agama, Al-Quran, kita buat apa? Sunnah Nabi Muhammad SAW bubuh kat mana? Cuba mengucap dan beristighfar. Ajak kawan-kawan yang kita rasa tersesat, berselawat ‘Allah humma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad’.

http://www.shalattas.com/print.php?news.61

disalin oleh :

Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s