PKR sangat terdesak hingga sanggup ekori MP BN ke Taiwan !

Pemimpin PKR ekori ke Taiwan

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Sekurang-kurangnya empat atau lima orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berlepas ke Taiwan esok dalam usaha mereka “untuk bertemu” dengan Anggota Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) yang sedang mengadakan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian di negara tersebut.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua memberitahu Bernama hari ini setakat ini beliau dan dua orang lagi iaitu Saifuddin Nasution dan Fuziah Salleh disahkan akan menyertai lawatan tersebut.

“Dua orang lagi akan mengesahkannya kemudian. Ada orang yang mengaturkannya. Kami akan balik sebelum 16 September,” katanya ketika dihubungi.

Keputusan untuk terbang ke Taiwan dicapai pada mesyuarat biro politik PKR hari ini yang dipengerusikan sendiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia dibuat susulan pemergian 49 MP BN ke Taiwan pada 7 Sept. untuk lawatan sambil belajar selama seminggu yang dijadual berakhir pada 19 September, iaitu tiga hari selepas tarikh yang disasarkan oleh Anwar untuk menguasai pentadbiran kerajaan BN pada 16 September ini.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s