Kegagalan projek 916, rakyat kena berhenti dari dibuai mimpi

Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim offers a prayer during a rally to celebrate the political rebirth of Anwar Ibrahim in Kuala Lumpur, Malaysia, Monday, April 14, 2008. Malaysia's main opposition party vowed Monday to hold a rally to celebrate the political rebirth of leader Anwar despite a police ban and a warning that suggested the gathering would be broken up by force. From AP Photo by Lai Seng Sin.



APA pun yang ditulis dan diberikan pendapat, pandangan, buah fikiran mahu pun teori sebelum 16 September tentang projek 916 jajaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sebuah mimpi yang mustahil jadi realiti, pasti akan jadi bahan ketawa, malah akan dilabelkan sebagai berfikiran ‘katak di bawah tempurung’ dan jahil tentang suasana politik dan mood semasa rakyat negara ini.
Kini realitinya 16 September sudah berlalu dan terbukti projek 916 tidak jalan dan tidak jadi kenyataan. Kalau masih ada lagilah yang percaya, malah yang menaruh harapan projek 916 akan tetap jadi kenyataan, bagi saya orang berkenaan terlalu sangat-sangat dan teramat-amat BAHLOL lagi BIUL.
Negara ini mengamalkan demokrasi dan rakyat akan memberi mandat kepada mana-mana parti politik yang mereka yakin ada kemampuan dalam bentuk teori dan praktikal, parti politik yang mengotakan apa yang dikata, bukannya parti politik dan tokoh yang hanya beretorik, parti politik yang pemimpinnya hanya syok sendiri kononnya dialah yang terbaik dan maha tokoh dari segala tokoh sehingga sanggup membina mimpi yang tidak mungkin jadi realiti.
Realitinya juga pilihanraya umum ke-12 sudah pun selesai dengan cukup adil sehingga tidak ada kendengaran lagi isu pengundi hantu dan tangagapan SPR tidak telus kerana pihak pembangkanng mencapai kemenangan agak besar dan kini membentuk kerajaan di lima buah negeri. Namun di pusat, majoriti rakyat terus memberi mandat kepada Umno/BN dan ianya adalah suatu hakikat dan keputusan rakyat kena dihormati.
Tidak ada kedengaran Umno/BN menyalahkan SPR kerana kehilangan kuasa di lima negeri, malah tidak ditimbulkan pun tentang kewujudan pengundi hantu yang menyumbang kepada kekalahan Umno/BN. Oleh kerana rakyat masih beri mandat kepada Umno/BN, maka mahu tidak mahu Umno/BN kena tubuh kerajaan. Kalah atau menang, kekal atau tumbangnya kerajaan yang ada bukan kuasa kerajaan yang ada tentukan sebenarnya, tetapi ianya berdasarkan kepada pemilihan pengundi dan soal takdir serta ketentuan-Nya tpula idak boleh ditolak tepi.
Pasti ada hikmahnya kenapa Umno/BN masih diberi mandat dalam keadaan yang Umno/BN berada seperti sekarang dan kenapa pula pakatan pembangkang boleh menang dan membentuk kerajaan di lima negeri dan dalam keadaan pakatan berada sekarang. Bila adanya usaha untuk runtuhkan kerajaan yang mendapat mandat, bukan sahaja hak rakyat cuba dipertikai, dikhianati dan dicabuli tetapi ianya juga bermakna enggan menerima ketentuan takdir dan suratan-Nya.
Merancang penumbangan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat melalui cara yang bercanggah dengan amalan demokrasi bagi negara yang mengamalkan sistem sedemikian adalah suatu sikap yang tidak bertanggungjawab dan rosak moral. Sepatutnya peluang menang pada lima buah negeri digunakan untuk membina kerajaan yang lebih baik dari yang Umno/BN selama 51 tahun supaya pada pilihanraya akan datang bukan sahaja semua negeri dapat ditawan oleh pakatan pembangkang tetapi kerajaan pusat juga berjaya dikuasai.
Rakyat bukan bodoh. Mereka mampu membuat penilaian, terutama bagi rakyat di negeri-negeri yang berpengalaman diperintah oleh pakatan pembangkang tentang kerajaan mana yang lebih baik antara kerajaan Umno/BN dengan kerajaan pakatan pembangkang. Rakyat tidak boleh dipaksa kata ‘baik’ untuk yang ‘tidak baik’ dan sebaliknya. Kepada Anwar dan para penyokongnya barangkali dirasakan dirinya sahajalah yang terbaik, paling tokoh dan paling diharapkan oleh rakyat untuk jadi perdana menteri, tetapi majoriti rakyat negara ini belum tentu mempunyai sama rasa dan sama tanggapan dengan Anwar dan koncu-koncunya
Kepada saya, kegagalan projek 916 mahu tidak mahu akan mencalar-balarkan imej, kredibiliti dan reputasi Anwar dan pimpinan parti-parti pakatan pembangkang yang nampak sangat mahu merubah takdir dan suratan yang telah ditakdir dan disuratkan-Nya. Anwar akan mengahadapi masalah kemerosotan sokongan dan simpati, termasuk dari kalangan pimpinan pakatan pembangkang yang pasti malu dengan kegagalan projek 916.
Bagi saya projek 916 secara tidak langsung boleh menyumbang kepada negara ini akan berlaku sebagaimana yang sedang berlaku di Thailand, Palestin, Iraq dan Afghanistan seandainya masih ada pihak yang terus mengusahakan dan ada pula yang menyokong secara langsung atau tidak langsung terhadap usaha tidak bermoral itu. Kerajaan tidak patut membiarkan mereka yang terlibat memprojekkan 916 tanpa sebarang tindakan kerana projek berkenaan meletakkan rakyat terdedah kepada bahaya besar, malahnya ianya boleh menyumbang kepada kemungkinan berlaku huru-hara.
Bagaimanapun rakyat yang mahukan keamanan dan kesejahteraan terus terpelihara, kegagalan projek 916 hendaklah dianggap bahawa apa-apa pun tindakan, perlakuan dan projek yang bersifat mahu mencabuli amalan demokrasi hanya kerana mahu memenuhi impian seseorang yang merasakan dirinya yang terbaik dan paling tokoh dari segala tokoh. Ianya patut dibuang dari menjadi berputar dalam kepala. Untuk apa kita mahu mencurah air di tempayan hanya kerana mendengar guru dilangit.
Apa jaminan kerajaan baru yang akan ganti kerajaan Umno/BN akan lerbih baik jika projek 916 jadi kenyataan. Juga apa jaminan Anwar sebagai Perdana Menteri akan lebih baik dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
Sesungguhnya meruntuh dan memusnahkan sesebuah kerajaan lebih mudah dari membinanya sebagaimana berteori sebagai pembangkang jauh lebih mudah dari berteori sebagai kerajaan kerana pembangkang hanya setakat berteori sahaja manakala kerajaan kena berteori dan segala teori dilaksanakan.
Sama ada kerajaan Umno/BN akan tumbang atau sebaliknya pada pilihanraya umum akan datang bergantung kepada rekodnya yang telah dan akan dicipta sebelum tibanya pilihanraya uumum ke-13. Demikian juga denngan kerajaan pakatan pembangkang pada lima buah negeri, sama ada akan terus kekal memerintah atau tidak di neger-negeri terbabit, bergantung kepada sebanyak mana apa yang diteorikan berjaya diparktikkan dan bukannya sekadar hanya tinggal dalam bentuk retorik.
Natijahnya, setelah keputusan projek 916 sudah diketahui, maka rakyat kena berhenti dari terus dibuai mimpi, sebaliknya masing-masing kena berusaha meningkatkan kualiti hidup dengan sentiasa bertanya diri di sampang bertanya apa sumbangan negara kepada diri kita, maka kena ditanya juga apa sumbangan kita kepada negara supaya suasana aman damai yang dikecapi bukan sahaja kekal dinikmati tetapi kualitinya akan sentiasa meningkatkan. Biarkanlah Anwar dan Pakatan Rakyat dengan projek 916 terjun dengan labu-labunya, kita sebagai rakyat kena berhenti dari terus dibuai mimpi ciptaannya!

Nukilan : http://melikapakjangak.blogspot.com/

One thought on “Kegagalan projek 916, rakyat kena berhenti dari dibuai mimpi

  1. Raktamrittika says:

    Kalau le Anwar tu ancaman kepada ekonomi, makanya Pak Dol ngan kabinetnya memang “komunis” ekonomi le.❓ Cth harga minyak semasa:

    1 barrel (tong) = 159 liter
    1 USD = RM 3.45 (semasa)

    Harga minyak dulu = USD145 x 3.3 (masa naik) / 159 liter = RM3 – (Subsidi) RM0.30 = RM2.70

    Harga Minyak Semasa = USD92.7 per tong
    Nak senang kira = USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

    Kita bayar = RM2.55/liter
    Harga tanpa subsidi = RM2.00/liter

    Kerajaan penaya :angry: kita = RM0.55 per liter.

    Sekarang cakap siapa yang MENGANCAM ekonomi RAKYAT pulak?❗ ❗

    http://raktamrittika.wordpress.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s