Rumah ibubapa Teresa dibom, satu tindakan provokasi kerajaan atau tindakan pembangkang ?

Rasanya rakyat Malaysia masih lagi waras dan tidak semudah itu untuk dijadikan mangsa ‘konspirasi’ buatan sendiri atau ciptaan ‘kerajaan’ – seperti wirid biasa pembangkang tatkala mereka berhadapan dengan isu isu yang besar seperti penipuan Teresa Kok sendiri minggu lepas – isu makanan penjara seperti makanan anjing –  yang telah dinafikan pada awalnya  dan diakui kemudiannya oleh beliau. Rakyat kita masih sedar dan waras di dalam menerima berita yang sudah dapat diagak ke arah mana dan siapa yang memulakannya…seperti isu di atas. Yang jelas ingin menimbus kesilapan besarnya itu. Terbesar bagi saya sepanjang kerjaya politiknya setakat ini.

 

Rupanya Teresa masih sedar dan tahu bahwa kerjaya politiknya sangat memerlukan intergriti yang tinggi dan tidak semudah itu imunitinya sebagai MP boleh dijadikan ‘baju besi’ untuknya menyalahkan sesiapa yang dianggap musuhnya tanpa membuat pemeriksaan awal terlebih dahulu. Dan semestinya tidak dirasuk oleh ‘hantu’ yang memang ingin menaikkan emosinya yang teruk dihentam kebelakangan ini akibat ‘tangannya’ sendiri… Kesilapan menjadikan wartawan Utusan sebagai ‘kambing hitam’ adalah tindakan memakan dirinya…

 

Saya tahu ibubapa Teresa warga Malaysia perihatin dengan sensiviti kaum lain yang berkongsi negara Malaysia ini melalui ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa di atas layanan baik mereka kepada anaknya. Mereka tentu akan menyelar kerajaan dan mengutuk jika mereka dari golongan anti establishment dan pro kepada dakwaan dan dakwah songsang pembangkang. Tetapi mereka tidak begitu. Namun mereka menjadi sasaran orang yang mungkin tersalah ‘alamat’ atau tersilap perkiraan agar ramai akan simpati dan tidak lagi membicarakan ‘penipuan’ bersiri Teresa Kok yang dialaskan kepada keletihannya sehingga ‘tertipu’ seluruh dunia dengan kata katanya yang merobek imej negara di mata dunia akibat keceluparannya membuat statement makanan penjara seperti makanan anjing.

 

Hingga kini rakyat telah melihat satu persatu kegagalan eksperimen mega pembangkang yang ditangguh dari hari ke hari. Sehingga mendesak Anwar Ibrahim sendiri terpaksa merubah ‘lirik lagu katak lompatnya’ dengan mengatakan tarikh tersebut kekal cuma berlainan tahun sahaja. Malah saf kepimpinan pembangkang juga cuba menutup kelemahan mereka dengan mengatakan tiada tarikh khusus sebenarnya bahkan bagi mereka, 916 hanyalah satu tarikh dan ia bukan semestinya berlaku pada tarikh tersebut.

 

Lawaknya, mereka semakin gelisah dan terdesak sehingga terpaksa membuat plot baru iaitu ingin mengadap Yang dipertuan Agung bagi membolehkan peralihan kuasa dibuat secara sempurna. Bahkan keterlanjuran Tian Chua mengatakan tarikh terbaru PR akan mengambil alih kerajaan pada 1 Oktober depan memakan dirinya sendiri ekoran penafian oleh Anwar Ibrahim. Sehingga lahirlah ketetapan terbaru sekarang ini hanya Anwar Ibrahim sahaja boleh membuat pengumuman bilakan tarikh ‘katak melompat’ tersebut .

 

Persoalannya, satu persatu isu menjatuhkan imej PKR dan khasnya Pakatan Rakyat timbul setiap kali imej mereka jatuh, ketika itu juga keluar berita seperti diatas.

 

Ingat lagi pejabat DAP dibaling di Perak juga dengan bom petrol ? juga peluru hidup hadiah untuk Karpal ? ia adalah ulangan drama yang sama bagi menutup isu Karpal Singh yang biadap dengan Sultan Perak. Berkenaan isu Pengarah JAIP yang juga membuka perdebatan hangat seluruh negara….  

 

Kenyataan ahli PKR bahawa habuan seks seolah olah seperti sedekah amat mengejutkan kita dan menggamit hati Mufti Perak dan Perlis memberi komen berkaitan dengannya. Keterlanjuran Zul Hassan memberi komen tersebut yang turut disiarkan tv3 jelas memberi ‘bonus’ raya kepada Barisan Nasional / Umno dan mereka menggunakannya dengan baik isu tersebut. Malangnya mereka juga meskipun Melayu tetapi bersikap seperti Teresa Kok juga, yang menyalahkan orang lain kerana ‘menyediakan sedekah ‘ tersebut. Sedangkan zina telah berlaku dan mereka juga turut mengaku ‘menerimanya’.

 

Seharusnya persoalan benarkan ada orang terlalu marah dengan Teresa Kok sehingga mereka sanggup melontar bom petrol ke rumah ibubapanya ? Kenapa ibubapa beliau jadi mangsa tidak Teresa sendiri ? Adakah kerana ingin menyalahkan blogger yang mendedahkan penipuannya maka taktik kotor tersebut dipakai dan disasarkan kepada kedua ibubapanya yang telah tua bagi meraih simpati mereka ?? Seperti mana isu peluru dikirim kepada karpal Singh semasa isu biadapnya terhadap Sultan diperkatakan seluruh negara ?

 

Ini juga bermakna blogger yang bertungkus lumus mendedahkan penipuan dan pembohongan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka. Usaha menepis tohmahan liar Teresa demi keuntungan politiknya telah dibalas dengan tepat dan berhemah oleh blogger pembela negara. Jika tidak ramai tidak akan tahu bahawa Teresa ada menipu kita dan pastinya kerajaan juga akan menjadi mangsa permainan kotor politik pembangkang ini…

 

Kenapa hanya pemimpin DAP sahaja dijadikan sasaran ?

 

dan kenapakah pemimpin tersebut hanya melibatkan Teresa Kok dan Karpal Singh sahaja ?

 

Siapa memainkan isu perkauman ini sebenarnya jika bukan mereka sendiri dengan membuat tuduhan melulu kepada orang Melayu ? dan akhbar Melayu zaman berzaman seperti Utusan ?

 

Adakah orang Melayu telah marah ? atau ia satu strategi ciptaan DAP sendiri bagi menaikkan kemarahan terhadap Melayu atau Kerajaan Malaysia ? sekaligus menutup keaiban mereka yang sudah disedari ramai orang termasuk penyokong pembangkang sendiri yang sudah muak sekarang ini dengan keletah pemimpin mereka yang hanya reti memainkan isu isu retorik tanpa menumpukan masa dan tenaga bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di tempat mereka menjadi Ahli Parlimen atau ADUN…

 

Cukuplah dan cukup..Semua perlu fokuskan kembali kepada amanah yang telah diberi kepada anda. Tidak kira dari mana mana parti dan mana mana bangsa sekalipun.

 

Dan kembalilah sedar dengan menghentikan sokongan anda kepada mereka yang lebih suka banyak bercakap dari banyak membuat perancangan untuk rakyat. Jika tidak pastikan mereka ditukar pada pilihanraya akan datang. Sebagai hukuman atas permainan politik yang keterlaluan dari mereka sehingga menjadika kita sebagai mangsa.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s