Kamarudin Jaafar – mualaf PAS – yang tidak layak menjadi Setiausaha Agung?

PAS KENA BERSETIAUSAHA-AGUNGKAN TOKOH PAS SEJATI

KEPADA yang tidak kenal dengan erti sebenar siapa Meli dan apa itu Pas kepada Meli yakni saya, terutama di kalangan mereka yang masih muda dan rebung benar dalam Pas, apatah lagi di kalangan ‘mualaf-mualaf’ Pas, pastinya mereka semacam tidak rela saya berbicara tentang Pas.
Tetapi kepada mereka yang lama, apatah lagi yang berpengalaman menjadi orang Pas era Pas kalah, ketika Pas dilihat sudah tidak aka harapan untuk bangkit, barangkali mereka akan menilai saya dari sudut yang berbeza, termasuk kritikan dan teguran yang saya lontarkan.
Dalam usia yang muda lagi, saya berpengalaman menaiki van yang sarat dengan buah setul, putung tengalung, tanah ko, sadat dan parang bong untuk ke tempat mengundi di Baroh Pial.
Buah setol, putung tengalung, tanah ko, sadat dan parang bong adalah merupakan senjata untuk menghadapi serangan pemuda tahan lasak yang bersembunyi dalam semak untuk halang orang Pas dari pergi ke tempat mengundi kerana waktu hanya ada lorong berlopak-lopak merentasi hutan tebal bagi laluan van dari kampung saya ke tempat mengundi.

Saya berpengalaman melihat Cikgu Soh Tandak (antara cikgu saya) yang pro Pas ditampar oleh orang Umno dalam kelas di depan murid oleh orang Umno, saya pernah terkepung dalam rumah kepunyaan Allahyarham Datuk Haji Muhammad Nasir bersama Ustaz Abdullah Adam (Ustaz Lloh Bakong) kerana angkara ganas orang Umno.
Saya kehilangan bapa saudara yang ketika itu menetap di Kampung Seberang Jeli yang jatuh sakit ekoran kekalahan Pas dan kerajaan Kelantan bertukar tangan dari Pas kepada Umno. Sakitnya membawa kepada kematian, malah banyak lagi peristiwa-peristiwa yang menyebabkan air mata tumpah dan juga musibah yang terpaksa dihadapi kerana Pas.
Kerana itu saya tidak pernah segan silu untuk tegur Pas walaupun kerana teguran itu menyebabkan saya tidak disenangi oleh orang Pas, malah kalau boleh, saya kena jauhi Pas dan jangan ambil peduli tentang Pas.

Saya melihat bibit kepunahan Pas dan ketergelincahan Pas dari rel matlamatnya bermula apabila regu Ustaz Halim (kini Datuk) – Cikgu Wan Rahim (kini Datuk) – Ustaz Fatah dileburkan dan dinyahkan dari kepimpinan Badan Perhubungan Pas Kelantan.
Padahnya berlaku kes-kes ‘cocoh-jilat’ bagi jawatan-jawatan yang pernah mereka bertiga sandang. Penjawat bagi jawatan-jawatan yang mana mereka bertiga dinyahkan dari jawatan-jawatan berkenaan tidak pernah kekal lama, bakat kata orang anjing belum pun sejat kencing, penjawatnya dah bertukar.
Walaupun Ustaz Fatah kini dikembalikan ke jawatan asalnya, namun apa yang mampu dilakukan tidak mampu mencapai rekod semasa kapuhan tenaga, buah fikiran dan kesepakatan kerja Ustaz Halim-Cikgu Wan Rahim-Ustaz Fatah dulu.
Pecah kongsi regu kepimpinan Tok Guru Nik-Aziz Ustaz Halim sebagai MB dan TMB juga adalah juga antara petaka yang menjadikan Pas sering tergelincir dari landasan matlamatnya.
Takdir diri Msaya menjadi pengamal media membolehkan saya boleh berada sama ada di tengah-tengah orang Pas, tengah-tengah orang Umno, tengah-tengah orang MCA, tengah-tengah orang MIC dan sebagainya.
Sekurang-kurangnya saya pernah dengar dengan telinga sendiri apa yang dua orang tokoh penting Umno Kelantan kata: kalau mahu lemahkan Pas, kena usahakan supaya Tok Guru Nik Aziz-Ustaz Halim dipecah-kongsikan.
Semolek-moleknya biar kedua-duanya tidak sehaluan, saling tidak percaya mempercayai. Selagi keduanya gagal direnggangkan, jangankan sepuluh penggal, kalau 100 penggal lagi pun Kerajaan Pas Kelantan tidak akan dapat ditumbangkan.
Antara teknik yang kena digunakan, biar orang Pas nampak salah seorang daripada mereka sahaja yang nampak jujur manakala yang seorang lagi kena dilihat dan dimasukkan ke dalam kepala umum, terutama orang Pas sendiri bahawa tokoh berkenaan KARUT.
Kerja paling mudah ialah kena diusahakan supaya Tok Guru Nik Aziz nampak suci, Ustaz Halim nampak KARUT. Lagi pun dari segi ilmu politik, Ustaz Halim lebih bijak berpolitik, terutama politik jangka panjang manakala Tok Guru Nik Aziz akan membentuk politik taksub, sehingga sampai waktunya nanti Pas akan lemah selepas era Tok Guru Nik Aziz.

https://i1.wp.com/eddyra.net/wp-content/uploads/2007/08/n_pg19aziz.jpg
Natijahnya Tok Guru Nik Aziz tidak ada pengalaman meneranui organisasi kerana beliau tidak pernah jadi ketua cawangan pun. Justeru beliau semacam terlupa untuk membentuk barisan pelapis. Cara Tok Guru Nik Aziz sama saja macam Tun Dr Mahathir, biar selepas eranya tidak akan ada yang mampu menyamai rekodnya, apatah lagi mengtasi rekodnya.
Gara-gara orang pas berjaya dipengaruhi dan pelan pecah kongsi Tok Guru Nik Aziz-Ustaz Halim berhasillah, maka Pas Kelantan yang merupakan penentu kepada kuat atau lemahnya Pas pusat mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya umum ke-11 apabila pada suatu ketika bukan sahaja membentuk kerajaan dengan majoriti satu kerusi tetapi satu kerusi itu pula hanya dengan majoriti dua undi sahaja.
Sikap profesional Ustaz Halim yang melihat kepentingan parti jangka panjang dan beliau sentiasa rela dan redha dengan apa yang dilakukan ke atas dirinya telah menyelamatkan Pas Kelantan dan Pas Pusat dari dilanda porak puranda berganda.
Kalau bukan Ustaz Halim yang diperlakukan sedemikian, saya yakin Pas sudah pun rosak teruk dan Ustaz Halim barangkali kini sudah berada dalam kabinet kerajaan Malaysia berjenama Umno/BN kerana guru politiknya, Asri Haji Muda pun berhijrah.
Tapi Ustaz Halim tidak berperut busuk sebagaimana busuknya mulut mereka yang menfitnah dan mengkhianatinya.
Kecenderungan mengutamakan mualaf-mualaf Pas menjawat jawatan-jawatan penting juga menjadikan Pas kian terdedah kepada akan dilanda tsunami dan krisis ketidak-sealiran pendekatan, pandangan dan style berpolitik di kalangan pimpinan Pas.
https://i2.wp.com/thestar.com.my/archives/2008/6/22/focus/n_27kamarudin.jpgJawatan Setaiusaha Agung Pas umpamanya diberikan kepada tokoh yang bertaraf mualaf bagi saya adalah suatu tindakan yang teramat dan tersangat silap sedangkan jawatan itu adalah antara yang sangat penting dalam menentukan kukuh goyahnya parti.
Memberi laluan kepada tokoh seperti Datuk Ibrahim Ali bertanding bagi pihak Pas menyebabkan orang Pas tuleh terpinggir juga adalah suatu langkah, tindakan dan ekspremen yang menyebabkan Pas tergelincir dari matlamat asalnya. Kemenangan besar tidak berfaedah kepada Pas kalau kemenangan itu membawa masalah kepada Pas.
Kalah mendatangkan pahala lebih bernilai dari menang mendatangkan dosa.
Yang pasti Datuk Ibrahim Ali yang bagi saya cukup bestari dalam berpolitik tidak langsung melabakan Pas, sebaliknya memBALAkan Pas.
Kalau Datuk Ibrahim Ali luku Pas, beliau tidak boleh dipersalahkan pun kerana beliau bukan ahli Pas dan tidak ada apa faedah dan keperluannya untuk menjulang Pas.
Demikian juga apabila Pas turut masuk campur dalam gelup pakatan rakyat, ianya tidak melabakan Pas sebaliknya memBALAkan, terutama dari sudut pesepakatan dan sejaluran pemikiran dalam Pas.
Macam mana Pas akan jawab kepada para penyokong apabila parti itu boleh cuba memberi laluan dan menjulang parti yang ahlinya boleh anggap seks juga boleh dikategorikan sebagai sedekah.
Sejahil-jahil dan sekular-kular orang Umno pun, termasuk yang diperhina dan dipersendakan dengan Islam Hdharinya, belum ada pimpinan atau ahli Umno menghalalkan yang haram secara terbuka sedemikian rupa.
Keterlibatan Pas dalam Projek 916 mendedahkan Pas kepada pelbagai BALA, malah secara jelas menampakkan bahawa Pas kini sedang menghadapi krisis dalaman yang sangat kronik.
http://shar101.files.wordpress.com/2008/04/anwar-ibrahim.jpgAda pihak dalam Pas yang cuba melihat dan menstatuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih suci dan lebih layak dari tokoh-tokoh Pas untuk menerajui kepimpinan negara.
Kenapa hal itu berlaku? Jawabnya kerana Setaiusaha Agung Pas sekarang adalah orang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melihat rakan dan bekas bossnya itu lebih layak, lebih berwibawa, lebih berhemah dan lebih bereputasi dari pimpinan tertinggi Pas.
Antara faktornya kerana beliau orang baru (muaalaf Pas) yang belum tentu kenal apa itu Pas dan matlamat sebenar Pas, malah jiwa raganya belum tentu solid Pas, malah bagi saya antara Setaiusaha Agung Pas sekarang dengan Datuk Ibrahim Ali tidak banyak beza kerana mereka asal dari gelup yang serupa.
Demikian juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cara dan matlamat Pas tidak selari dengan jiwa dan pemikirannya. Justeru itu demi untuk memastikan Pas kekal pada rel matlamatnya sampai bila-bila, maka Setiausaha Agung Pas kena ditukar segera.
Seorang tokoh yang solid Pas perlu memberi roh kepada perjuangan Pas kerana Pas sebagai antara parti pembangkang tertua mampu berdikari tanpa bergayut kepada pakatan pembangkang yang dasar dan pendekatannya boleh menyebabkan Pas tergelencer dari landasan matlamatnya.
Tokoh yang pada perkiraan saya paling layak mengambil alih jawatan Setiausaha Agung Pas adalah Ustaz Halim yang tidak pernah goyah hatinya walaupun beliau dikhianati, sebaliknya beliau tetap istiqomah, tetap rela dan redha dengan apa yang tersurat dan ditakdirkan kepadanya.
Manusia jenis Ustaz Halim ini sudah tidak berapa ‘jenuh’ dalam Pas, terutama di kalangan golongan muda, apatah lagi di kalangan mualaf Pas. Saya yakin setidak-tidak sahabat saya, Tuan Syed Muhammad Syed Hassan yang kekal dengan imej songkok Turkinya boleh tersenyum sambil pejam celik mata dengan pandangan saya.

tulisan : Ramli Ab Halim ( Blogger Meli Kapak Jangak )

2 thoughts on “Kamarudin Jaafar – mualaf PAS – yang tidak layak menjadi Setiausaha Agung?

  1. farrel says:

    ape salahnya?

    DATO KJ telah berjaya memartabatkan imej PAS yang dulunya amat jumud dan gagal menarik golongan muda, profesional dan bukan Islam kedalamnya.

    hidup DATO KJ..

  2. zah says:

    KJ org baru yg pernah burukkan PAS byk kali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s