Pakatan Rakyat boikot Utusan – tanda kebebasan suara terpilih gaya mereka !

Selepas Utusan dikritik kerana cerpen YB Josopheine yang ditulis Chamil Wariya yang turut diulas oleh Marina Mahathir sebagai descipable di blognya di sini, Pakatan Rakyat meneruskan penentangan mereka Utusan Malaysia ( sini ) dan juga di Kelantan terhadap Berita Harian..( berita klik sini )

Sedangkan mereka juga selama ini meminta hak bersuara dan kebenaran menerbitkan akhbar dengan lebih kerap atas nama kebebasan bersuara, maka apabila suara wartawan mengkritik mereka, ia tidak lagi dianggap sebahagian dari kebebasan bersuara. 

Mungkin bagi mereka kebebasan bersuara itu terpakai jika ia digunakan untuk mengutuk dan menfitnah kerajaan. Bukan untuk membongkar kebobrokan pemerintahan mereka selama ini seperti isu isu di Selangor, Perak, Kelantan mahupun Kedah serta Pulau Pinang.

Sebelum ini pun mereka telah membuat kempen memboikot Utusan, termasuk tv3 yang diketuai oleh Allahyarham Rustam A. Sani pada tahun 2000 ( klik sini ) ….

 kenyataan rasmi (klik sini ) oleh Pakatan Rakyat menggesa pemboikotan Utusan melambangkan kedangakalan mereka memahami kebebasan bersuara yang mereka sendiri laung laungkan selama ini.. Ibarat cakap tak serupa bikin, mereka akan menentang sesiapa sahaja menentang mereka dan akan memuji sesiapa sahaja yang sanggup bersama menjatuhkan Umno selaku teras kestabilan Malaysia dari zaman awal kita merdeka.

Dan tindakan ini adalah ulangan kepada kempen boikot mereka. Begitu juga pemasangan banner banner memboikot Utusan dipasang merata tempat melambangkang betapa panasnya hati mereka terhadap pembongkaran Utusan yang terkenal sebagai wadah perjuangan mempertahankan agama dan bangsa melayu dan menentang sebarang pakatan yang ingin mengambil alih keistimewaan dan hak hak melayu yang termaktub di dalam undang undang..

Boikot ini turut disokong oleh Anwar ibrahim yang sering bercakap soal demokrasi dan kebebasan media di blognya di sini.

Tetapi berjayakan boikot ini jika ia bertujuan untuk menaikkan kadar jualan akhbar mereka tanpa membuat alternatif kepada akhbar Utusan dan Berita Harian ?

Ini sebenarnya akan menzahirkan dengan lebih jelas lagi apakah Pakatan Rakyat benar benar pejuang kebebasan media atau merekalah sebenarnya yang akan meranapkan kebebasan media jika menjadi kerajaan memerintah Malaysia pada masa akan datang.

Baca di sini komen orang kuat PAS sendiri yang tidak yakin kempen ini akan berjaya kerana ia sekadar hangat hangat tahi ayam sahaja berdasarkan penilaiannya pada kempen sebelum ini.

Cuma bagi saya, adakah perlu kita memboikot jika Utusan Malaysia yang berpegang kepada etika kewartawanan yang tinggi tidak sama seperti Malaysiakini yang terbukti menyiarkan berita tanpa menyelidik terlebih dahulu sumbernya seperti isu Manifesto Datuk Seri Najib baru baru ini?

Adakah ada ahli UMNO memboikot Harakah ? atau Suara Keadilan selama ini ?

Fikirlah jika anda dari gologan dapat berfikir dengan terang !!!

 

Link tambahan : kenyataan mempertahankan wartawan Sin Chew yang diISAkan demi kebebasan bersuara ( sini ) oleh Pakatan Rakyat, namun tidak pula kisah menghentam wartawan Utusan Malaysia dan memboikot pula tulisan dan laporan mereka…

2 thoughts on “Pakatan Rakyat boikot Utusan – tanda kebebasan suara terpilih gaya mereka !

  1. semutar kata says:

    Boikot Utusan bermakna boikot akhbar harian nasional. Patut boikot akhbar berbahasa bukan Melayu. Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di Malaysia patut utamakan akhbar berbahasa Melayu dan bukannya yang berbahasa cina atau tamil. Itu sebab rakyat masih tidak fasih dan terkial-kial dengan bahasa Melayu. Tak salah kuasai bahasa lain tetapi biarlah bahasa Melayu menjadi keutamaan.

  2. penulis_cyber says:

    negara lain mana ada akhbar cina india jadi akhbar utk bangsa mereka.

    ada ke akhbar bangsa india di amerika. atau akhbar cina di india ?

    tapi di sini mereka dapat tapi tak kenang budi.

    Macam mana kita nak bekerja sama jika beri betis nak paha ?

    kalu salah betulkan saya.

    tapi cuba tengok di sini rasanya tak ada bahasa lain selain English sahaja di Amerika yang promosikan hak sama rata di sana

    http://www.externalharddrive.com/usa/usalinks/usa-newspapers.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s