Keadilan VS Kesamarataan – satu pandangan

https://i0.wp.com/web.utm.my/kolejperdana/images/stories/flagtoklcc.jpg

1. Kerajaan dan semua kaum harus UTAMAKAN KEADILAN; bukannya kesamarataan. Berhenti bercakap tentang kesamarataan kerana ianya bercanggah dgn keadilan.

2. Selaras dengan konsep keadilan itu, jika kuota disyaratkan bagi satu2 perkara / bidang, maka kuota itu hendaklah berdasarkan komposisi kaum: Melayu / Bumiputera 67% dan Bukan Bumiputera 33%. Mana2 kuota yg tidak menepati prinsip ini hendaklah dibetulkan segera.

3. Bukan Melayu berhenti mencabar kedudukan dan hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Bukan Melayu dimestikan menerima dan menghormati hakikat sejarah bahawa bumi Malaysia ini asal miliknya adalah bangsa Melayu dan kaum-kaum Bumiputera yang lain seperti mana yang telah dipersetujui oleh pemimpin bukan Melayu semasa merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dan kemudian penubuhan Malaysia.

5. Menjunjung Perlembagaan Malaysia sepenuh dan seluruhnya, termasuk Fasal-Fasal 3, 38, 89, 90, 152, 153 dan 160.

6. Bukan Melayu hendaklah komited membantu membetulkan ketidak seimbangan sosio-ekonomi khususnya dari segi perniagaan, pendapatan, pendidikan, pemilikan aset dan ekuiti selaras dengan Teras 3 – Misi Nasional. Reformasi ini hendaklah dimulakan di sektor swasta yang menjana 90% ekonomi negara dan pekerjaan.

7. Selaras dengan teras itu, bukan Melayu/Bumiputera khususnya kaum Cina hendaklah membantu kaum Bumiputera dengan ikhlas dan berkesan, khususnya dalam membuka peluang perniagaan. Hapuskan segera diskriminasi terhadap kaum-kaum Bumiputera dan berikanlah layanan yang adil.

8. Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan mengakui bahawa bahasa-bahasa lain tidak setaraf dengannya.

9. Memberi keutamaan kepada pembasmian kemiskinan supaya tercapai kemiskinan sifar pada tahun 2010.

10. Kawasan majoriti pengundi Melayu hendaklah diberi kepada UMNO dan kawasan majoriti Cina diberi kepada MCA dan Gerakan di dalam pembahagian kerusi pilihanraya. Kaum Cina dalam Barisan Nasional harus berhenti dari hidup atas politik subsidi.

Artikel di atas idea bernas dari blog http://pesanan-pesanan.blogspot.com

4 thoughts on “Keadilan VS Kesamarataan – satu pandangan

  1. Panglima says:

    Berani ka mereka ( cina india ) baca pesanan pesanan di atas ?

    berani ke mereka terima cadangan kita ?

    mana ada…..

    mereka hanya minta apa yang kita ada. bukan memberi apa yang mereka telah ada dan kaya lagi raya.

  2. sumandak says:

    semanangnya terma inilah yang perlu dihayati serta difahami oleh semua RAKYAT MALAYSIA

  3. Orang jauh says:

    idea ni bagus, tapi toksah mimpi la jadi realiti..
    Melayu kat malaysia bukan majoriti mudah. Hanya 60-70 percent aje, bukan 85-100 percent. Ditambah pulak 60-70 percent yg ada pun terpecah kepada 3 parti=PAS, UMNO dan PKR.
    PKR pulak dah nampak macam parti bukan-melayu. Melayu yg ada kat dalam tu semua orang melayu kecewa dengan UMNO, samada mereka tak dapat jadi kaya menerusi UMNO, ataupun kena pecat dengan UMNO. Jadi mereka tak kisah kedudukan melayu dipijak, asalkan hati puas dapat balas dendam pada UMNO. Kalau tak caya, cuba selidik betul-betul..

  4. penulis_cyber says:

    takkan tak ada orang pas pkr dpt projek kerajaan juga ?

    adil ke fakta ni?

    jgn benci sgt sampai nak ‘bakar’ habis !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s