Nik Abduh mengulas janji 916 Anwar dan pengganti Ayahanda beliau !

saya sudah lama tidak berkunjung ke ‘teratak’ Nik Abduh anak kepada Nik Aziz, MB terlama PAS setakat ini. kebolehan menulis dan meluangkan waktu  menjadikan blog beliau antara blog blog utama pemimpin muda PAS yang sedar bahawa blog medan interaksi penting untuk perjuangan politik zaman kini.

Malangnya masih ramai lagi pemimpin muda UMNO belum menggunakan sepenuhnya blog dan ‘kuasa’ yang ada padanya. Sedangkan kita tahu penerimaan rakyat terhadap pemimpin memerlukan hubungan dua hala yang pro aktif dan bersifat responsif. Mungkin kerana sokongan media massa dan eletronik membantutkan hasrat mereka barangkali. Tidak seperti pemuda PAS yang terpaksa mencari media alternatif untuk menyampaikan mesej mereka kepada rakyat jelata.

kecuali beberapa seperti Khairy, Mukhriz, Khir Toyo yang masing masing ada blog mereka sendiri. Cuma antara mereka bertiga,  yang hebat memberi pendapat dan melakar tulisan dengan hebat, tentulah anda kena baca dan fikirkannya sendiri.

Antara mereka bertiga saya lebih menyukai tulisan dan keterbukaan Khir Toyo di mana komen membina dan mengata dibiarkan dengan bebas di sana.

Juga Muhammad Taib yang sering kelihatan amat berpengalaman mendepani komen provokasi dari pembangkang yang masih belum sedar peranan yang dimainkan BN/ UMNO selama ini untuk agama bangsa dan tanah air.

Mike Tyson – gelaran Md Taib memang tepat kerana beliau pandai menjawab komen pengunjung blognya dengan tidak mengeluarkan kata kata nista dan bersifat mengata kembali kepada mereka yang telah memberi ulasan di blognya. memang siapa kena akan tersungkur !!

Terlupa pula cerita asal saya tentang Nik Abduh mengulas janji 916 Anwar, saya dapati beliau mengkritik Anwar yang tidak memberikan penegasan di akhir janjinya dengan Insya Allah. Sedangkan kita sebagai hamba perlu meletakkan kalimah ‘Insya Allah’ tanda kita sangat lemah. Dalam hal ini, komen anak MB Kelantan tersebut biarpun pedas tetapi tepat kerana ia juga satu teguran ikhlas untuk Anwar yang kerap pasti tanpa mengira bahawa ada kuasa lebih hebat dapat merubah ‘kepastian’ yang diberikan Anwar.

blog beliau turut mencerminkan hasrat agar pengganti MB perlu dipilih dari kalangan Ulama. Kenyataan secara terang tanpa berkias ini tentu membawa makna yang senang difahami.

Ia boleh dianggap sebagai satu lagi isyarat halus kepada pemimpin seperti Husam Musa yang kerap dilabelkan sebagai pengganti MB hingga kita baru sedar sekarang bahawa golongan Erdogan Husam lah yang telah menjadikan perpecahan di dalam PAS kepada team Ulama dan team profesional. Merekalah yang mula kurang ajar kepada Presiden mereka sendiri . Dan menidakkan kebolehan team ulama mentadbir negeri.

Mungkin selepas ini Husam bolehlah berhenti bermimpi menjadi MB kerana anakanda Nik Aziz sudah terang lagi bersuluh, ‘membelasah’ hasrat dan cita cita beliau itu !!!!

 

blog nik abduh sini , muhammad muhd taib sini , khir toyo sini, mukhriz sini dan khairy sini

3 thoughts on “Nik Abduh mengulas janji 916 Anwar dan pengganti Ayahanda beliau !

  1. Panglima says:

    Apa lagi dalih Anwar ? anak Nik Aziz sendiri tak suka dgn dia.

    Tu kata, husam yg dok peralat nik aziz ni utk sokong nuwar.

    dia kata ingat lagi tikaman BN kpd PAS. tp dia lupa tikaman anwar lg tajam dan pedih.

    sbb anwar bawa imej islam.

  2. Pok Nik Klate says:

    Sdr Blogger..
    Mungkin “kickdefella” tak masuk laman blog sdr.. Kalau tidak pasti dilanyaknya saudara sepertimana beliau melanyak Abdullah Badawi..sebab jangan sekali-kali menjatuhkan impian big brother (YB husam) dalam cita2 nak jadi MB Kelantan dan juga TPM Malaysia..

  3. penulis_cyber says:

    saya bersedia ‘melanyak’ dan ‘dilanyak’ jika mereka mahu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s