PAS pun tak yakin PR akan menang lagi PRU akan datang – Exco Selangor !

Fahamilah sendiri kenyataan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad. Saya hanya melaporkan. Tiada komen:

Jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak mengambilkira sensitiviti orang-orang Melayu di negeri itu, ia mungkin akan ditolak dalam pilihan raya akan datang, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad.


“Isu-isu yang khusus untuk pengundi-pengundi Melayu seperti ladang babi RM100 juta, kemasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UiTM, penggantungan pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), amaran untuk merobohkan surau-surau tanpa izin dan perlantikan pengurus besar Cina bagi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi modal-modal Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Sama ada isu-isu itu benar atau tidak, wajar atau sebaliknya, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan itu, PR perlu melihat ancaman propaganda BN ini sebagai serius.

Orang Melayu pun ada perasaan. Jika kita turun ke bawah bersama rakyat, kita boleh rasa ada perasaan bimbang dan gusar di kalangan orang-orang Melayu. Hati mereka, sensitiviti mereka, juga mesti dijaga. Mereka bukan batang kayu yang tidak bernyawa!

“Jangan PR pula menjadi seperti Umno dan BN, menganggap orang Melayu bodoh dan undi mereka senang hendak dipancing. Orang Melayu juga pandai menilai. Umno menerima padahnya pada pilihanraya 1999, sehingga (Tun) Dr. Mahathir (Mohamad) terpaksa berundur.

“Jika PR kalah di semua kerusi majoriti Melayu, keadaannya akan menjadi terbalik. BN pula akan ada 36 kerusi dan PR hanya 20. Fikirkanlah!” beliau mengingatkan.

Menurut Iskandar, strategi BN di Selangor untuk menawan balik negeri ini kelihatan terang dan jelas.

Kemenangan PR dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah hasil dari peningkatan undi kaum Cina dan India manakala kebanyakan pengundi Melayu kekal bersama BN kecuali di bandar-bandar besar, kata beliau yang juga Adun Chempaka.

“Keyakinan terhadap MCA, MIC dan Gerakan masih belum dipulihkan, harapan untuk memenangi kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu adalah amat tipis.

“Fokus BN nampaknya lebih kepada pengundi Melayu. Jika mereka yang dulunya mengundi PAS atau PKR di kerusi-kerusi majoriti Melayu dapat ditarik, undi orang Cina dan India mungkin tidak lagi menjadi penentu,” kata beliau lagi.



Malaysiakini hari ini melaporkan, seorang wira bangsa bernama Abdul Syukur Idrus bertempik, “MB (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim) mencari kaedah untuk mengembalikan sokongan-sokongan bangsa lain kepada mereka (kerajaan Pakatan Rakyat Selangor) tanpa mengira maruah bangsa (Melayu) yang dijual”.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Selangor berkata, tindakan menteri besar melantik Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar Sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dipercayai atas desakan pihak lain, kemungkinannya DAP “untuk menguasai kerajaan.”

Adun Kuang itu juga berkata, Pemuda Umno Selangor akan menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi mengkaji kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Bagi sesiapa yang hendak bersatu dengannya, Abdul Syukur menyeru orang Melayu di negeri itu tanpa mengira ideologi politik agar bersatu “supaya tidak diperkotak-katikkan”. Diharap tidak ada yang menghampakan jemputan pemuda pembela bangsa itu.

Posting asal di blog No2Umno di sini


Komen saya :

1. Kesan serangan dan pendedahan fakta sebenar di sebalik setiap peristiwa yang berlaku oleh BN dan jenteranya telah menggentarkan PR dan menimbulkan kebimbangan PAS di Selangor.

2. Melayu sudah mula sedar hasil gerakan besar besaran dan berterusan khasnya oleh Utusan Malaysia isu isu tersebut hingga ramai telah berfikir kembali tentang sokongan mereka terhadap DAP yang sangat jelas telah memperkudakan MB Khalid melalui isu isu di atas, yang juga selalu suka memperlekeh Melayu dan tiada rasa kekitaan dan jati diri Melayu Islam seperti UMNO.

3. Kerna itu PR sudah merasa sangat terancam dan menjadikan alasan laporan berita tidak beretika sebagai ‘topeng’ untuk menutup kelemahan yang didedahkan oleh Utusan Malaysia sehingga melancarkan kempen boikot Utusan yang nampaknya dipelopori orang Cina seperti Teresa Ko yang mana dikatakan ditangkap ISA ekoran berita / rencana yang disiar di akhbar pembela Melayu Islam tersebut dan Ng Suee Lim yang mana merupakan Adun Sekinchan pada 22 Okt lepas.

Tidak cukup dengan itu, DAP turut menggesa boikot SEMUA PENERBITAN UTUSAN (klik sini).. Memang gila dendam kesumat mereka ini dan malangnya PAS tidak sedar lagi keadaan ini. Mungkin mereka juga merasa ‘diluah mati emah, ditelan mati bapak’..Tapi jika agama ‘mati’ kerana politik songsang mereka, adakah mereka tidak takut disoal Tuhan nanti ?


ARKIB : 23/10/2008 <!–         –>

Teresa pakai lencana boikot Utusan

SHAH ALAM 22 Okt. – Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor hari ini mengedarkan kira-kira 500 lencana memboikot akhbar Utusan Malaysia.

Lencana tertulis perkataan ‘PAKATAN RAKYAT BOIKOT Utusan‘ itu turut dipakai oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok. Ia diedarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti rehat tengah hari ini.

Selain memberinya kepada wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, Suee Lim juga dilihat mengedarkan lencana itu kepada orang ramai yang berada di dewan makan DUN termasuk para petugas media.

“Ambil oleh-oleh ini, kita sediakan 500 keping, cukuplah dahulu,” kata Suee Lim yang turut menghulurkan lencana itu kepada wartawan Utusan Malaysia dan KOSMO!.

4. Jika Utusan dikuburkan dan tidak disokong oleh UMNO sendiri, tentu perjuangannya akan mati dan selepas ini kita akan kehilangan suara lantang sejak zaman berzaman yang kerap menegakkan hak hak kita dan menentang sesiapa sahaja yang cuba menjadikan isu hak istimewa sebagai ‘mainan’ politik mereka.

Realitinya sekarang, PR akan dikuburkan oleh perbuatan pemimpin PR sendiri dan bukannya dari serangan atau pendedahan BN atau UMNO ke atas mereka. Seperti mana kata kata YDP PAS di atas.

Jika ia berlaku, ia adalah kiamat kepada politik pembangkang yang telah diberi kuasa hingga memerintah 4 negeri tidak termasuk Kelantan, tanpa mereka sendiri menduga akan mendapat ‘durian runtuh’ sebesar itu. Malangnya peluang tersebut telah disia siakan oleh PR yang gagal menunjukkan mereka juara semua kaum, kerana di sana sangat jelas aspirasi bukan Melayu diutamakan tanpa mengira lagi sensitiviti Melayu yang turut ‘terpedaya’ dan menyokong perjuangan mereka.

http://ijok2007.files.wordpress.com/2007/04/najib21.jpg

Dengan peralihan kepada PM baru oleh Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, keyakinan semua kaum kepada kerajaan BN/UMNO diharap akan kembali kuat sebagaimana gelaran Bapa Perpaduan yang telah diberikan kepada ayahandanya kerana berjaya menjayakan perpaduan bangsa Malaysia merentasi bangsa dan mana mana agama, akan diwarisi oleh beliau . Dan diharapkan juga dakyah pembangkang akan kembali lemah dengan peralihan kuasa pucuk pimpinan parti tonggak Melayu UMNO dan juga pimpinan negara yang akan berlaku beberapa bulan sahaja lagi dari sekarang.

Semoga Malaysia akan tetap aman dan makmur serta selamat senantiasa……

2 thoughts on “PAS pun tak yakin PR akan menang lagi PRU akan datang – Exco Selangor !

  1. asmy says:

    PKR = PARTI KELENTONG RAKYAT
    MENTRI BESAR INI MEMANG TAK BERGUNA LANGSUNG, TIDAK TAHU NAK BUAT KEPUTUSAN DAN TAK TAHU KAT PLATFORM MANA YANG DIDUDUKI.

    jANGAN UNDI PARTI INI LAGI………………DENGAR LAH SEMUA

  2. Komen ini disalin dari blog asal YDP PAS di atas…
    nampaknya ada orang ingin menyekat perkataan ikhlas YDP PAS di sini.

    Kenapa ? takut terbuka pekung di dada?

    Menegur satu kewajipan dan saluran blog dgn bahasa indah dan fakta benar juga satu kaedah moden mencapainya objektif memberi teguran tadi.

    namun sayang masih ada orang tidak setuju medium alternatif ini untuk menjadi wasilah interaksi antara pemimpin sesama pemimpin atau pemimpin dgn rakyat atau dari rakyat kepada pemimpin.

    Sayang kerana suara seperti yang menjadi lontaran oleh YDP dianggap suara sumbang !

    http://penembak-tepat.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s