Nik Aziz akan jadi MB sampai mati ?

Mungkin atau tidak Allah lebih tahu…Cuma ada artikel bagus di TKO untuk anda semua baca..

Silakan….

Tok Guru Nik Abdul Aziz tiada pengganti? Masalah besar ini!
Dilulus terbit pada Tuesday, December 02 @ 19:55:10 MYT oleh TokPenghulu
Pendapat Oleh mazwandi

 Hamba betul-betul seronok, sebab apa hamba seronok, kerana masih ramai lagi insan-insan yang menyayangi tok guru Nik Aziz. Memang molek sangat insan-insan umat manusia menyayangi tok guru kerana sifat-sifat dan iman beliau, cuma jangan taksub yang amat kepada beliau, sudah.

Inilah masalah umat Melayu sebenarnya. Tokoh-tokoh yang zuhud seperti tok guru Nik Aziz seperti ditiadakan oleh insan-insan manusia. Hamba telah kata, dalam artikel sebelum ini, mengapa hamba ungkitkan perkara ini, kerana kita sendiri seolah-olah menyatakan tiada lagi manusia di tanah Melayu ini yang serupa atau lebih baik daripada tok guru Nik Aziz.

Jika betullah kepada sesiapa yang mengatakan tok guru perlu menjadi MB sehingga wafatnya tok guru, ini tandanya masalah besar melanda kepada jemaah Islam PAS akibat kekurangan kepimpinan yang sezuhud tok guru. Memang masalah besar.

Alangkah eloknya ada beratus-ratus insan didalam jemaah PAS yang setanding tok guru atau lebih hebat daripada beliau. Tetapi malangnya, ianya seperti ahli jemaah PAS sendiri yang membutakan mata untuk mengharap agar tiada pemimpin yang boleh menggantikan tok guru Nik Aziz. Sepatutnya kita telah dan sedang mencari pengganti seperti atau yang lebih baik daripada tok guru Nik Aziz agar jemaah PAS lebih kuat dan jitu pada masa yang mendatang.

Jangan taksub wahai kawan-kawan sekelian kepada seorang pemimpin. Kerana jika ada terdetik perasaan taksub kepada seseorang pemimpin, maka jemaah Islam itu ada masalah yang perlu dibaik pulih kerana nama pun jemaah, bukannya parti berlandas nama seorang pemimpin.

Zaman mendatang adalah zaman dimana Islam dan juga mana-mana jemaah Islam didunia ini akan dijadikan musuh utama kepada umat manusia. Kita akan dicop bermacam-macam rupa, akan cuba dihapuskan dengan berbagai kezaliman, dengan berbagai cara, dengan berbagai kaedah, dimana kaedah yang paling digemari oleh pihak kuffar ini adalah memecah-belahkan jemaah Islam.

Mengapa jemaah Islam? Kerana sifat jemaah yang beringinkan kembali empayar Khalifah Islam tertegak di muka bumi ini. Ingin melihat kembalinya pemerintahan Al-Quran dan As-Sunnah dimuka bumi ini. Bukan setakat Kelantan, bukan setakat Malaysia, tetapi diseluruh benua, di seluruh dunia, dimana ada manusia bumi dipijak, disitulah tertegaknya hukum Allah.

Oleh itu, wahai saudara-saudara seIslam, jangan sempitkan fikiran kita hanya kepada perkara yang sempit, tetapi luaskanlah pemikiran kita, bukalah seluas-luasnya untuk menegakkan kembali Islam. Islam itu luas dan perlu diperluaskan.

Bukanlah mengatakan hamba ini bagus sangat, sebenarnya samalah juga dengan hamba, fikiran sempit, sifat malas masih menebal dalam diri hamba dan ilmu masih tunggang langgang. Oleh itu, tolonglah selamatkan juga hamba,…….

http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s