Pemuda PAS sokong pertahan Raja tetapi tidak mengutuk Karpal Singh!

 

1. Pemuda PAS seolah olah ingin ‘membenam’ persepsi bahawa PAS menyokong ketuanan Rakyat melawan Ketuanan Raja..

2. PAS telah diam membisu isu raja namun blogger dan internet user  yang pro mereka juga turut mengutarakan pendapat yang menghina Raja yang dilabelkan sudah menjadi pro kepada sebuah parti politik bernama UMNO. Seolah olah PAS turut sama dengan aspirasi kaum lain dari DAP PKR yang  ingin menolak kewujudan sistem beraja atau mengekalkan ‘high respectation’ kepada Raja Raja Melayu kita.

3.  Akhirnya selepas semua pimpinan PAS gagal bersuara dalam nada menyakinkan tentang dasar mereka terhadap Raja Melayu dan bagi mengelakkan kehilangan sokongan maka keluarlah kenyataan yang agak bersemangat walau pondan juga ‘lagak jantan’nya dalam menyokong ketuanan Raja Melayu kita di Malaysia.

4. Soalnya, adakah suara Pemuda PAS ini sahaja yang berani dan bersuara sementara yang lain diam seribu bahasa? Kenapa mereka diam diam sahaja tidak membuat kenyataan menyelar Karpal ? Kenapa Hj Hadi juga tidak membuat kenyataan apa apa tentang tindakan tersebut dan membantahnya ?

 

sementara itu bandingkan pula kenyataan lawan mereka dari UMNO tentang isu tindakan Karpal :

1. Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)

2. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

 

Sejarah Karpal menyaman sultan sebenarnya sudah lama di negara kita. Barangkali keegoan Karpal makin melonjak jika berjaya meletakkan Raja dalam senarai ‘musuhnya’ di mahkamah..

Pada tahun 1986, beliau menfailkan saman sivil ke atas Sultan Johor, Tunku Mahmood Iskandar yang pada masa itu merupakan Yang di-Pertuan Agong. Saman sivil itu difailkan bagi pihak Daeng Baha Ismail untuk meminta ganti rugi/pampasan serang (Daeng Baha Ismail telah dibawa ke Istana Johor dalam keadaan bergari oleh pegawai polis dan ditumbuk serta dipukul berkali-kali oleh Sultan di hadapan kerabat diraja yang lain). Karpal kalah dalam kes tersebut, dan desas desus menyatakan Sultan kemudianya menggunakan nama Karpal sebagai nama salah seekor anjing baginda. (”A Malaysian Who Dared Sue a King” Far Eastern Economic Review, 20 May, 1993). 
Pada tahun 1995, Karpal menfailkan saman ke atas Yang di-Pertuan Agong pada pada itu, Tuanku Jaafar Rahman, Sultan Negeri Sembilan. Aduan dibuat bahawa Tuanku Jaafar telah menipu seorang ahli perniagaan dalam urusniaga tanah di Port Dickson. Karpal juga menyatakan hasrat untuk menfailkan pertuduhan pecah amanah dan telah membuat laporan polis ke atas Tuanku Jaafar. Tuanku Jaafar kemudiannya dilaporkan menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dengan sejumlah besar bayaran. 

Pada tahun 1996, Karpal mewakili Faridah Begun bte Abdullah untuk menyaman Sultan Pahang di Mahkamah Khas, akan tetapi kes tersebut tidak berjaya atas sebab-sebab teknikal. 

( sumber : http://isuhot.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1829&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight= )

Wallahu A’lam.

 

Baca komen Ketua Pemuda PAS di bawah :

 

 

Pemuda Pas sifatkan tindakan Karpal bersifat peribadi

14/02/2009 4:37pm

 

ALOR SETAR 14 Feb. – Pemuda PAS menganggap tindakan Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah di mahkamah, lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata parti itu tetap konsisten dengan dasar mereka dalam mempertahankan institusi DiRaja dan akur dengan perlembagaan.

“Tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang dan kita serah kepada mahkamah untuk menentukan (tindakan),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Pemuda PAS Pusat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini. – Bernama

 

 

cuma yang dipersoalkan sekarang, jika PR tidak menolak Raja, kenapa mereka sekarang ingin menfailkan saman terhadap MB baru Perak yang dilantik oleh Raja ?

Cakap berbelit belit memang taktik depa sejak sekian lama…..alahai tak habis habis…

7 thoughts on “Pemuda PAS sokong pertahan Raja tetapi tidak mengutuk Karpal Singh!

  1. Cheguman says:

    Dalam kenyataan akhbar tersebut Pemuda PAS cuba ‘bertindak selamat’. Namun kenyataan seterusnya iaitu meminta untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan seolah menyindir sultan.

    Nampaknya tsunami turut melanda institusi kesultanan melayu.

    Tunggulah tsunami berikutnya yang akan menghapuskan orang Melayu dan tsunami seterusnya akan melanda umat Islam pula.

    Maka sempurnalah agenda mereka.

  2. Muhd. Afif says:

    Memang benar tindakan Karpal bersifat peribadi.
    memang zamry patut kena saman, sebab mengUGUT sultan melantik beliau jadi MB.

    Kesian sultan Perak, UMNO menyebabkan sultan Perak dihina. UMNO patut kena saman…

    UMNO patut dihapuskan demi kejayaan umat Islam..

  3. Tengku Andrian Syah says:

    dalam kes daeng bahaismail,bahawa kes tersebut tidak dibawa ke mahkamah.diatas kemahuan daeng baha ismail,kerana karpal enggan membawa kes tersebut keatas bekas ketua polis trafik pada masa itu En S. Sabarparthy,kerana beliau menahan daeng baha di jalan gereja johor bahru dan beliau terus membawa daeng baha keistana iskandar jalan gereja.Dalam hal tersebut bukan sultan yang salah tetapi ketua polis trafik yang salah mengunakan kuasanya.

    from,
    Tengku Andrian Syah

  4. hang jebat says:

    saya mengenenali keberanian Tengku Daeng BahaIsmail @daeng baha ismail sejak dari kecil, beliau memang seorang yang berkarisma, tegas dan berani jelas beliau dapat membuktikan segalanya tentang kejayaan kerjayanya, beliau adalah seorang melayu berdarah bugis yang berjaya. kita lihat kejayaan beliau di kampungnya yaitu di kampung pt.perpat @sg.Tong kang, kompleknya tersergam indah, beliau adalah seorang melayu baru yang tidak mengharapkan pertolongan dari sesiapa, tetapi boleh berdiri diatas kakinya sendiri dan beliau berjaya dalam bidang kerjayanya yaitu forwarding, shipping, transportation,trading, pemaju hartanah, pembalakan/peladangan sawit didalam dan di luar negara, seperti indonesia, brunai, kalimantan, china, timur tengah,kambodia,dll. saya menjadikan beliau sebagai rule model orang melayu baru. dia selalu berbisik kepada saya pegangannya adalah berani kerana benar takut kerana salah. kalau pucuk menjolok langit jangan lupa akar dibumi. kalau kita kaya ada orang lebih kaya dari kita, kalau kita bijaksana ada orang lebih bijaksana dari kita, kalau kita berpangkat dan berderajat ada orang lebih tinggi dari kita, kalau kita berkuasa Allah SWT yang berkuasa segala-galanya. beliau berani mati untuk mempertahankan maruahnya jika tidak bersalah. digantung tinggi,dibakar hangus,dipancung akan putus. dia juga berbisik almarhum ayahanda dan ayahanda saudaranya pernah memancung kepala komunis pada tahun 1941 ketika pergolakan komunis di sg.tongkang, senggarang, semerah,daerah batupahat johor.dia berketurunan bugis luwuk (luk) 1722-1728 kerajaan riau johor di kota piring bintan, tj.pinang. ketika itu katanya kepada saya kerajaan riau johor mempunyai satu kawasan yang begitu luas, saya sebagai kawan rapatnya sejak kecil dan belajar bersama di sekolah sg.tongkang dan tun sardon rengit batupahat. saya tabik dan silau dengan kejayaan beliau. kini beliau bergelar Dato Seri DR.Tengku Daeng BahaIsmail. saya sendiri melihat dokumen pribadi dan kad pengenalannya. beliau juga seorang yang tidak lupa daratan, 26 tahun beliau menabur jasa kepada orang di kampungnya setiap bulan ramadan. tabik baha……… (kawan sekolah lama)

  5. hang nadim says:

    saya setuju dengan kawan sekolah lama tengku daeng bahaismail@daeng bahaismail ini, saya mengenali beliau ketika saya bersama-sama bersekolah di sekotah Tun Sardon rengit. walaupun tidak serapat kawan lamanya tetapi saya kenal beliau. dia adalah seorang pemain hoki di peringkat sekolah, MSSD dan MSSJ beliau memang seorang yang berani atas kebenaran, dan beliau juga mudah memaafkan dan meminta maaf jika beliau bersalah,saya salut you lah baha atas kejayaan you.

    Rengit kampung Boy
    kawan sekolah
    1973-1975

  6. hang jebat says:

    saya mengenenali keberanian Tengku Daeng BahaIsmail @daeng baha ismail sejak dari kecil, beliau memang seorang yang berkarisma, tegas dan berani jelas beliau dapat membuktikan segalanya tentang kejayaan kerjayanya, beliau adalah seorang melayu berdarah bugis yang berjaya. kita lihat kejayaan beliau di kampungnya yaitu di kampung pt.perpat @sg.Tong kang, kompleknya tersergam indah, beliau adalah seorang melayu baru yang tidak mengharapkan pertolongan dari sesiapa, tetapi boleh berdiri diatas kakinya sendiri dan beliau berjaya dalam bidang kerjayanya yaitu forwarding, shipping, transportation,trading, pemaju hartanah, pembalakan/peladangan sawit didalam dan di luar negara, seperti indonesia, brunai, kalimantan, china, timur tengah,kambodia,dll. saya menjadikan beliau sebagai rule model orang melayu baru. dia selalu berbisik kepada saya pegangannya adalah berani kerana benar takut kerana salah. kalau pucuk menjolok langit jangan lupa akar dibumi. kalau kita kaya ada orang lebih kaya dari kita, kalau kita bijaksana ada orang lebih bijaksana dari kita, kalau kita berpangkat dan berderajat ada orang lebih tinggi dari kita, kalau kita berkuasa Allah SWT yang berkuasa segala-galanya. beliau berani mati untuk mempertahankan maruahnya jika tidak bersalah. digantung tinggi,dibakar hangus,dipancung akan putus. dia juga berbisik almarhum ayahanda dan ayahanda saudaranya pernah memancung kepala komunis pada tahun 1941 ketika pergolakan komunis di sg.tongkang, senggarang, semerah,daerah batupahat johor.dia berketurunan bugis luwuk (luk) 1722-1728 kerajaan riau johor di kota piring bintan, tj.pinang. ketika itu katanya kepada saya kerajaan riau johor mempunyai satu kawasan yang begitu luas, saya sebagai kawan rapatnya sejak kecil dan belajar bersama di sekolah sg.tongkang dan tun sardon rengit batupahat. saya tabik dan silau dengan kejayaan beliau. kini beliau bergelar Dato Seri DR.Tengku Daeng BahaIsmail. saya sendiri melihat dokumen pribadi dan kad pengenalannya. beliau juga seorang yang tidak lupa daratan, 26 tahun beliau menabur jasa kepada orang di kampungnya setiap bulan ramadan. tabik baha……… (kawan sekolah lama)

  7. hang jebat says:

    saya mengenali keberanian Tengku Daeng BahaIsmail @daeng baha ismail sejak dari kecil, beliau memang seorang yang berkarisma, tegas dan berani jelas beliau dapat membuktikan segalanya tentang kejayaan kerjayanya, beliau adalah seorang melayu berdarah bugis yang berjaya. kita lihat kejayaan beliau di kampungnya yaitu di kampung pt.perpat @sg.Tong kang, kompleknya tersergam indah, beliau adalah seorang melayu baru yang tidak mengharapkan pertolongan dari sesiapa, tetapi boleh berdiri diatas kakinya sendiri dan beliau berjaya dalam bidang kerjayanya yaitu forwarding, shipping, transportation,trading, pemaju hartanah, pembalakan/peladangan sawit didalam dan di luar negara, seperti indonesia, brunai, kalimantan, china, timur tengah,kambodia,dll. saya menjadikan beliau sebagai rule model orang melayu baru. dia selalu berbisik kepada saya pegangannya adalah berani kerana benar takut kerana salah. kalau pucuk menjolok langit jangan lupa akar dibumi. kalau kita kaya ada orang lebih kaya dari kita, kalau kita bijaksana ada orang lebih bijaksana dari kita, kalau kita berpangkat dan berderajat ada orang lebih tinggi dari kita, kalau kita berkuasa Allah SWT yang berkuasa segala-galanya. beliau berani mati untuk mempertahankan maruahnya jika tidak bersalah. digantung tinggi,dibakar hangus,dipancung akan putus. dia juga berbisik almarhum ayahanda dan ayahanda saudaranya pernah memancung kepala komunis pada tahun 1941 ketika pergolakan komunis di sg.tongkang, senggarang, semerah,daerah batupahat johor.dia berketurunan bugis luwuk (luk) 1722-1728 kerajaan riau johor di kota piring bintan, tj.pinang. ketika itu katanya kepada saya kerajaan riau johor mempunyai satu kawasan yang begitu luas, saya sebagai kawan rapatnya sejak kecil dan belajar bersama di sekolah sg.tongkang dan tun sardon rengit batupahat. saya tabik dan silau dengan kejayaan beliau. kini beliau bergelar Dato Seri DR.Tengku Daeng BahaIsmail. saya sendiri melihat dokumen pribadi dan kad pengenalannya. beliau juga seorang yang tidak lupa daratan, 26 tahun beliau menabur jasa kepada orang di kampungnya setiap bulan ramadan. tabik baha……… (kawan sekolah lama)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s