Kerajaan berhak tidak beri satu sen pun kepada rumah ibadat agama selain Islam – Dr Aziz Bari

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Jika Perlembagaan Persekutuan difahami dengan jelas dan terang, semua pihak akan mengerti bahawa kerajaan berhak untuk tidak memberi satu sen pun bagi tujuan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negara ini.Namun, sebaliknya kerajaan tetap juga memperuntukan RM9 juta untuk membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam dari tahun 2000 hingga 2008.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, ada dua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memberikan tafsiran terhadap peranan kerajaan dalam pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam iaitu Perkara 12 (2) dan Perkara 3.”Jangan cuba letakkan prinsip kesamarataan dan keadilan dan Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah sendiri, Perlembagaan kita adalah unik dari banyak segi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid dari tahun 2000 hingga 2008 tetapi gagal membina rumah ibadat agama lain untuk tempoh yang sama.Kor Ming mendakwa kerajaan bersikap menganaktirikan rakyat bukan Islam di negara ini.
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut; Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan.

Manakala perkara 12 (2) menyebut; Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

Menurut Abdul Aziz, perkara 12 (2) dengan jelas menyatakan bahawa adalah sah untuk kerajaan Persekutuan dan negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan membantu agama itu.Tambah beliau, tidak ada satu peruntukan atau perkara yang menyamai perkara 12 (2) yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai rumah ibadat bukan Islam.

Justeru kata beliau, Kerajaan Persekutuan tidak terikat dengan mana-mana syarat atau peraturan yang mewajibkannya menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam.Dalam isu Kor Ming beliau berkata, terpulang kepada keberanian Pejabat Peguam Negara untuk bertindak menggunakan akta yang sama jika mereka merasakan telah berlaku hasutan.

http://pemudanibongtebal.blogspot.com/2009/12/kor-ming-tolong-faham-kerajaan-berhak.html

One thought on “Kerajaan berhak tidak beri satu sen pun kepada rumah ibadat agama selain Islam – Dr Aziz Bari

  1. osman my says:

    manusia komunis tidak pernah dan tidak kenal erti terimakasih , sudah diberi betis hendakkan paha , dapat paha nak kepala , kaduk naik junjung , cacing naik kemata ..

    manusia biadab , kurang ajar , patut diajar sedikit …
    kita maklum betapa jauh beza jumlah kuil , tokong , gereja di malaysia berbanding masjid , mereka pacak mana suka , tepi jalan , dalam ladang , bawah pokok , dalam gua , kita tak bising pun ..

    melayu dan Islam berpisah tiada , hidup dan matiku demi Islam kerana Allah ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s