Zulkifli Kulim cuba guna nama Yusuf Qardawi untuk sucikan Anwar ?

Zulkifli membuat kenyataan yang tidak jelas ‘kesahihannya’ di link ini

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/47454-isu-qazaf-ketua-kesatuan-ulama-sedunia-bela-anwar

Dalam kenyataannya :

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noorin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.

Anwari Ibrahim juga telah memaparkan ‘kononnya’ kenyataan Yusuf Qardhawi di blog beliau di sini http://anwaribrahimblog.com/2009/12/23/isu-qazaf-sheikh-yusuf-al-qaradawi-bela-anwar/

meskipun sepanjang pengamatan saya tidak ada dalam rakaman di youtube yang menunjukkan kenyataan Yusuf Qaradhawi membela Anwar berhubung isu liwatnya. atau mungkin round kedua perbicaraan kali ini yang didakwa dengan saiful bukhari tidak dimaklumkan kepada Syeikh Yusuf ?

Bagi saya perkara ini lebih kepada agenda politik kerana tidak pun disertakan bukti kukuh seperti rakaman suara atau video.

Sebagai tetamu negara kita tentu Syeikh Yusuf Qardhawi tidak akan membuat kenyataan sebegitu kecuali ia adalah ‘rekaan’ semata-mata demi kebaikan Anwar yang sedang lemas menunggu masa bicara kes liwatnya.

Lihat betapa gembiranya Syeikh Yusuf Qaradhawi bersama Perdana Menteri dibandingkan ketika bersama Anwar Ibrahim di Masjid Negeri Shah Alam malam Ahad lepas ( klik sini ).

Kita dapat lihat video yang disediakan jelas ingin mengambil kesempatan di atas ucapan dan ceramah syeikh yusuf demi kepentingan politik Anwar. Kerana ia tidak disertakan terjemahan dan hanya perkataan ‘Anwar Ibrahim’ sahaja yang difahami oleh orang awam seperti kita.

Benar seperti komen sahabat saya bahawa Syeikh Yusuf Qaradhawi sanggup menerima hadiah Tokoh Maal Hijrah adalah bukti betapa dekatnya Malaysia di hati beliau.

Syabas Dato Seri Najib atas inisiatif membawa ulama popular di dunia ke Malaysia…

3 thoughts on “Zulkifli Kulim cuba guna nama Yusuf Qardawi untuk sucikan Anwar ?

  1. warisan tmk says:

    Walau apa sekali pun pandangan Dr Yusuf Khardawi, Anwar tidak akan dapat lari dari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Malaysia. Di Malaysia, kes-kes jenayah termasuk di dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil.

    Persoalan kita semua rakyat malaysia ialah, KENAPA Anwar begitu takut untuk berhadapan dengan PERBICARAAN kes sodomynya? Kenapa mencari bermacam-macam usaha untuk melambat-lambatkan proses pengadilan, dan sekarang, juak-juaknya sibuk menimbulkan isu perbicaran secara QAZAF, yang tidak pernah ditimbulkan sebelum ini. Apakah ini satu lagi cara untuk melambat-lambatkan.

    Pepatah melayu kita telah memberikan petunjuk yang jelas kepada kita, “Berani kerana benar, takut kerana salah’. Sebelum perbicaran bermula, kita semua boleh mengagak kedudukan sebenarnya.

  2. osman my says:

    anWar ..siapa tak kenal dia punya penipu dan tamberang , lihat saja air mukanya dan sinar matanya , lihat juga bentuk mulutnya , memang manusia tidak boleh dipercayaai anwar ni ..

    teringat kembali perbuatan dan sikap anWar semasa jadi Tpm dahulu ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s