2 lawan 1 @ PKR.com.my

Karpal patut sudah dipecat dari DAP – Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 9 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mempersoalkan sama ada pakatan pembangkang sebenarnya mengamalkan sikap pilih kasih dalam menghukum pemimpin yang mengkritik kepimpinan parti.

Beliau berkata, ini kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh langsung tidak dikenakan tindakan walaupun membuat kenyataan keras dan mengutuk kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang melalui sidang akhbar 8 Februari tahun lalu.

Katanya, dalam sidang akhbar itu Karpal menuntut Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan meletak jawatan Ketua Pembangkang ekoran konspirasi lompat parti untuk membentuk kerajaan pusat pada 16 September 2008.

“Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dikenakan tindakan disiplin hanya kerana mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, malahan saya (sendiri) dipecat.

“Kalau nak dibandingkan kenyataan kami mengkritik kepimpinan Guan Eng dengan kenyataan keras dan biadap Karpal, sepatutnya Karpal sudah lama dipecat daripada DAP dan pakatan pembangkang,” katanya dalam entri bertajuk ‘Final Countdown?’ di blognyazul4kulim.blogspot.com.

Dalam blog itu, Zulkifli turut menterjemahkan satu laporan berita dalam bahasa Inggeris yang memetik kenyataan Karpal menyalahkan Anwar kerana menimbulkan kekacauan selain menyatakan bahawa Penasihat PKR itu perlu bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka.

Dalam laporan berita itu, Karpal turut menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti.

Semalam, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut menyelar Karpal berasaskan laporan berita yang sama dan mendesak Karpal meminta maaf kepada Anwar.

berita : Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s