Zahrain Dedah Lapan Anggota Parlimen ‘Lompat Parti’ dan kaitan Malaysiakini dengan RPK

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim Khamis mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Mereka ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), katanya menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Zahrain juga mendedahkan seorang Timbalan Speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.

Kenyataan itu menyebabkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencelah bertanya “Timbalan Speaker yang mana (Zahrain maksudkan)?” menyebabkan Dewan diselubungi gelak ketawa anggota Parlimen.

Semalam, tindakan Zahrain mendedahkan kepincangan PKR dan pakatan pembangkang yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan ketua pembangkang itu bertindak keluar dewan.

Zahrain berkata beliau yakin tindakannya keluar parti adalah tindakan tepat kerana tidak mahu sejarah menghukumnya kerana tidak berbuat apa-apa ketika perjuangan PKR dan pakatan pembangkang semakin terpesong menjadi perjuangan peribadi yang sempit.

Dalam ucapannya hari ini, Zahrain juga mendakwa laman web Malaysiakini dan laman portal Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini dalam pelarian telah diperkudakan pembangkang bagi mencapai matlamat agenda sempit mereka.

Beliau berkata tindakan itu terserlah selepas fitnah, pembohongan, putar belit dan serangan peribadi dilakukan oleh portal terbabit terhadap mana-mana pihak yang menghalang impian pembangkang untuk mengambil-alih kerajaan.

Untuk itu, Zahrain mendesak pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan tegas dan menyiasat hubungan portal dan RPK dengan “politikus” dalam pakatan pembangkang.

Beliau memberi contoh bagaimana liputan forum tertutup anjuran Centre for Strategic & International Studies (CSIS) di Washington, Amerika Syarikat, yang dihadiri rombongan anggota Parlimen Malaysia dikeluarkan di laman portal RPK sedangkan hanya wakil Malaysiakini dari San Francisco membuat liputan forum itu.

“Ini jelas membuktikan Malaysiakini dan Raja Petra bersekongkol dengan kepimpinan Pakaran Rakyat untuk melakukan putar belit laporan dan merosakkan nama baik terhadap sesiapa yang menjadi penghalang kepada impian mereka merampas Putrajaya tak kira apa cara sekalipun,” katanya.

Zahrain mendakwa pembantu khas Anwar, Aasil Kazi Ahmad, turut campurtangan dengan meminta CSIS membatalkan forum yang dihadiri rombongan anggota Parlimen Malaysia dan menyifatkannya sebagai cara Anwar memonopoli sebarang pertemuan dengan pihak negara kuasa besar itu.

Beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat latar belakang pembantu khas ketua pembangkang itu yang dikhuatiri adalah dalang antarabangsa yang memainkan peranan menggugat kestabilan negara.

Ketika ini, Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) mencelah adakah Zahrain menyedari bahawa Anwar kini berada di luar negara atas tujuan tertentu, yang menyebabkan Wan Junaidi mengingatkan anggota dewan supaya tidak membuat sebarang andaian jika tidak mempunyai bukti.

Zahrain turut mencadangkan kaedah pelantikan baru bagi duta dan diplomat dengan melantik ahli politik yang berpengalaman terutama di negara kritikal seperti Britain, Australia, Turki, Indonesia, India dan negara Timur Tengah.

Ini kerana keupayaan pakatan pembangkang memburukkan dan menghasut negara asing membenci Malaysia adalah kerana kelemahan kerajaan (duta dan diplomat) mengatasi masalah itu dengan serius dan terancang.

sumber – bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s