Anwar arah Zulkifli Noordin fitnah Perdana Menteri, isteri – Zahrain

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

KEPALA BATAS 7 April – Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang didakwa mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru tersebut di hadapan ribuan hadirin pada majlis ceramah umum di Kampung Paya Keladi Tengah di sini, malam tadi.

Zaharin berkata, Anwar juga merupakan orang yang sama mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

“Bila orang tanya, dia (Zulkifli) tidak mahu cerita (dedah) tapi dia cerita (orang yang mengarahkannya) kepada saya, jadi saya cerita kepada semua orang malam ini.

“Anwar suruh Zulkifli buat untuk anak guamnya Cif Inspektor Azilah Hadri (tertuduh pertama dalam kes bunuh Altantuya) akuan berkanun untuk libatkan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya, sampai begitu sekali.
“Kes anak Nazri dituduh bunuh, ingat? Siapa yang suruh Zulkifli kalau bukan Anwar juga,” katanya pada majlis anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) itu.

Turut hadir bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd. Nor; Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Zulkifli mendakwa, pernah diberi tawaran cukup lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli memberitahu bahawa antara tugasnya adalah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Najib dan Rosmah selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa kedua-duanya terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Sementara itu, kata Zahrain, beliau tidak teragak-agak untuk mendedahkan perkara itu bagi menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai suasana politik di negara ini yang semakin bercelaru angkara perbuatan Anwar.

“Peranan saya sekarang nak turun padang untuk beritahu bahaya Anwar sekiranya dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Itu sebab saya tolak bulat-bulat Anwar dan keluar PKR kerana perasaan keraguan dalam diri saya telah mengatasi perasaan kepercayaan,” tegasnya.

http://utusan.com.my/

Komen saya :

– Jelas Anwar telah mengarahkan Zulkifli Nordin untuk mereka fitnah terhadap PM

– Tuduhan ini sangat serius dan ia dibuat luar dari Dewan Rakyat.

– Atas alasan apa sekalipun perbuatan menfitnah adalah perbuatan sangat dahsyat dan lebih teruk dari ‘membunuh’

– Anwar Ibrahim ternyata sanggup membuat apa sahaja untuk membunuh karakter musuh politiknya walaupun menggunakan fitnah yang direka reka.

Patutlah ramai pemimpin PKR satu persatu meninggalkan parti itu. Kerana perjuangan mereka jelas bersumberkan fitnah dan juga tohmahan liar yang tidak ada asas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s