Penyokong Pakatan Haram Baling Telur Dalam Masjid di Perak

pix_gal2.jpg
100 penyokong pembangkang baling telur busuk bantah isu Apco Worldwide

IPOH: Pemimpin dan penyokong pembangkang yang menyertai perhimpunan membantah isu syarikat perunding, Apco Worldwide, di pekarangan Masjid Sultan Idris Shah II, di sini, membaling telur busuk hingga mencemari masjid dan jemaah yang baru selesai solat Jumaat, semalam.

Balingan itu menyebabkan percikan teluk busuk itu turut mengenai orang ramai selain kelihatan kasut berterbangan dibaling peserta perhimpunan ke arah papan itu.

Penganjur kemudian meletakkan papan berkenaan di atas jalan di pintu pagar masjid, sebelum meminta umat Islam memijak dan penunggang motosikal menggilisnya ketika mahu keluar.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakari yang diminta mengulas kejadian itu, berkata perbuatan membaling telur busuk di kawasan masjid, haram hukumnya kerana ia mencemari kesucian rumah Allah.

“Perbuatan ini (baling telur busuk dalam kawasan masjid) sangat biadap… itu bukan ajaran Islam, buatlah kerja yang senonoh sikit,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, turut menyelar tindakan peserta perhimpunan itu.

“Perbuatan mereka ini terlalu biadap. Ini bukan budaya Islam atau budaya Melayu,” katanya ketika dihubungi.

Sumber BHarian

2 thoughts on “Penyokong Pakatan Haram Baling Telur Dalam Masjid di Perak

  1. sakit hati says:

    sakit hati gilr bila perkara ini terjadi……. umat islam sendiri tidak menghormati perkarang masjid bagaimana ugama lain nak menghormati rumah ibadat kita sendri……pader aku ini tindakan serupa seprti mana orang ugama lain yang menyerang masjid kat tempat merka….tindakan ini mmg tak patut dilakukan kalau nak buat bantahan kat masjid pun buat larr dengan cara yang berhemah bukann baling telur busuk kat kawasan perkarangan masjid…… ish3 aper nak jadi ngan umat islam kita nie rumah ibadat sendiri pun tak hormat …. aper yang aku pos ini tiada kaitan ngan politik k aku x menyokong maner2 pihak>>>>>

  2. SD says:

    Kalau nak bantah kebiadapan zionis, jangan bakar bendera. Nanti kita jadi macam budak2. Yang kena bakar ialah perangai zionis dalam diri kita. Jangan baling telur busuk, tapi balinglah keluar sikap zionis yang ada dlam diri kita. Contohnya sifat dengki kpda orang lain. Kita kwan2 kna jadi pdai ckit. Jgn jdi buta dan tuli mcam yahudi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s