Kurang Ajar : Fuziah Salleh PKR Hina Kaum Wanita di Batu Sapi.

Labels: 
Oleh MIM TEAM

MIM berasa amat mual apabila Fuziah Salleh, Pengarah Pilihanraya PKR mula bermain psy-war dengan memperbodoh-bodohkan kaum sama jantina beliau sendiri.

Fuziah Salleh – Shame on YOU!!

Tanpa rasa sedar diri yang diri sendiri pun wanita, si Fuziah Salleh menuduh parti PBS dan BN memperalatkan Linda Tsen Thau Lin. Beliau berkata calon BN itu di dalam kesedihan dan mempuyai tanggungjawap kepada anak-anak yang tertekan.

Fuziah Salleh, siapalah anda untuk membicarakan tentang Lin Tsen. Apakah sumbangan signifkan anda kepada kaum wanita selama ini?

Anda hanya sekadar seorang politik yang sudah tidak tahu membezakan di antara fantasi dan perjuangan politik yang sebenarnya. Sungguh memalukan kerana kenyataan akhbar Fuziah Salleh telah melondehkanpride dan diri beliau sendiri.

MIM berpendapat hanya si Fuziah Salleh itu sahaja yang mempunyai anggapan buruk sedemikian rupa. Ramai wanita yang sangat kagum dengan persetujuan Linda Tsen Lau Tin untuk meneruskan perjuangan politik arwah suami beliau.

Semangat beliau itu adalah satu sumber inspirasi dan contoh yang membuka mata kita semua dan menaikkan darjat wanita.

Jika dibandingkan dengan si Fuziah Salleh yang tidak ada sumbangan signifikannya, Linda Tsen jauh lebih mendatangkan harapan dan kekaguman yang jarang ditunjukkan oleh kaum wanita.

Tetapi apabila situasi itu berlaku, kaum wanita sanggup berdepan dengan situasi itu untiuk membuktikan bahawa kaum itu sama tinggi sama rendah dengan kaum lelaki. Linda Tsen pula bukannya sebarang wanita.

Beliau memegang jawatan dan banyak pengalaman di dalam politik. Dan sebagai isteri, beliau pasti memainkan peranan dibelakang tabir membantu suami beliau semasa menjadi wakil rakyat Batu Sapi dari 2004 hingga sekarang.

Tapi malang, yang memburukkan kaum wanita adalah wanita itu sendiri. MIM pasti ramai ramai yang kecewa dan marah dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuantan ini.

Itulah Fuziah Salleh! Shame on you !

Tambahan : MIM telah menerima pelbagai komentar di dalam blog dan FB yang mengatakan rasa kecewa mereka terhadap kenyataan Fuziah Salleh.

Di harapkan Fuziah Salleh menarik balik kenyataan beliau itu dan meminta maaf secara terbuka kepada kaum wanita di negara ini!

 

http://novandri.blogspot.com/2010/10/kurang-ajar-fuziah-salleh-pkr-hina-kaum.html

One thought on “Kurang Ajar : Fuziah Salleh PKR Hina Kaum Wanita di Batu Sapi.

  1. Abe Mat says:

    Alahai …nak tunjuk hebat berceramah ?..
    Nak ulas ttg politik ?

    U sendiri pun tak berapa normal – Isteri ke pada arwah? … Isteri kepada mendiang..
    Arwah adalah gantinama untuk org org Islam ..
    u sendiri pun kabur … Pls le.. bawa bertenang ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s