Reaksi Perdana Menteri DS Najib Kematian Muammar Gaddafi

Kematian Muammar Gaddafi sudah diduga

NANNING, China 21 Okt. – Malaysia menyifatkan kematian bekas Presiden Libya, Muammar Gaddafi sebagai satu kesudahan yang telah diduga sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Gaddafi telah beberapa kali menegaskan akan mempertahankan kerajaannya hingga ke saat-saat akhir dan sanggup menghadapi segala kemungkinan termasuk dibunuh.

“Bagaimanapun, apa yang penting rakyat Libya dapat bangun dan memulakan era baharu yang boleh menjanjikan kemakmuran di kalangan mereka selepas ini.

“Libya selepas ini amat berpotensi untuk lebih maju. Ia kaya dengan minyak dan sudah pasti diharapkan kehidupan mereka akan lebih baik,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap agar rakyat negara itu yang sebelum ini berpecah-belah kepada kabilah-kabilah agar dapat bersatu semula bagi membina sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan maju.

“Inilah kerajaan baharu yang mereka sendiri tentukan,” tambahnya.

Gaddafi terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Menjawab satu soalan, Najib berkata, setakat ini kerajaan Malaysia akan terus memantau perkembangan di Libya dan akan mengiktiraf kerajaan baharu negara itu apabila sampai masanya. – UTUSAN

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s