Video Akhbar NST Versi 3D Dilancar Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini diperkenalkan kepada akhbar New Straits Times (NST) berwajah baru di Bangunan Perdana Putra.

Mereka diberi taklimat mengenai perubahan pada akhbar harian berbahasa Inggeris itu oleh Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nadzri Syed Harun; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; dan Ketua Pegawai Operasi NSTP, Mohammad Azlan Abdullah.

Akhbar dengan imej baru itu berada di pasaran bermula hari ini, bukan sahaja menggunakan kepala akhbar, format reka bentuk dan isi kandungan baru tetapi juga memaparkan gambar dan iklan dalam tiga dimensi (3D).

Najib mengucapkan tahniah kepada NST bagi langkah penjenamaan semula akhbar itu.

“Saya yakin NST akan menerima respons positif daripada orang ramai,” katanya.

http://www.bharian.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s