Kisah Husam Musa dilantik Pengarah #PRKKualaBesut

Husam Musa diLantik Pengarah PRK Supaya Tak Merajuk Lagi

Perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut dilihat sebagai tindakan PAS untuk memujuk hatinya yang masih lagi tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU lalu serta terlepas jawatan dalam kabinet Kelantan.

PAS sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi terhadap kerusi Kuala Besut yang disandang oleh UMNO. Maka, tidak hairanlah parti tersebut sanggup meletakkan Husam sebagai Pengarah PRK walaupun tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Husam merupakan antara parasit di dalam PAS yang disebut-sebut oleh Datuk Hassan Ali.

Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa Husam adalah orang Anwar dan membawa aspirasi Anwar. Kewujudan beliau di dalam PAS hanyalah untuk memesongkan orang-orang PAS agar menerima aspirasi Anwar. Namun kini, warna sebenar Husam telah terserlah dan beliau tidak mampu lagi menyamar sebagai pendokong perjuangan PAS sebenar.

Ini adalah antara sebab utama beliau diketepikan dari sebarang jawatan.

Husam yang kecewa dengan nasib yang menimpa dirinya telah bertindak meragam bagai anak kecil. Beliau dikatakan dengan sengaja memboikot Majlis Persaraan Nik Aziz sebagai usaha menunjuk perasaan akibat tidak terlantik EXCO. Malah, Husam juga dikhabarkan beberapa kali mengambil sikap kurang wajar dengan mengkritik PAS secara terbuka. Beliau seolah-olah menuduh PAS menikam belakangnya.

Justeru, bagi mengelak Husam memperbesarkan masalah yang kecil, PAS mengambil keputusan melantik beliau sebagai Pengarah PRK Kuala Besut. Dengan cara ini, beliau merasakan yang beliau masih mempunyai peranan penting dan masih lagi dihargai oleh parti.

Namun, tidak pasti berapa lama taktik memujuk ini akan berjaya menenangkan Husam. Yalah, Pengarah PRK bukanlah satu tugas tetap, dan selepas PRK ini berlalu Husam akan kembali menjadi nobody.

Pada waktu itu, Husam mungkin akan kembali meragam dan PAS perlu pantas mencari jalan untuk menenangkan Husam selamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s