Sinar Harian : Artikel Menarik Kaitan Tun Mahathir Dan Kassim Ahmad

Apa yang Dr M mahu daripada Kassim Ahmad?

OLEH: USTAZ SHARIPUDIN AB KADIR
Tarikh: February 19, 2014

ADA beberapa persoalan yang perlu difikirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad apabila cuba perkenalkan semula Kassim Ahmad dan ideologinya kepada masyarakat awam.

Sebagai negarawan dan masih lagi boleh dianggap sebagai pemimpin walaupun tidak memegang jawatan dalam kepimpinan negara, biasanya sebagai pemimpin ada misi dan visi untuk negara. Pemimpin juga ada misi dan visi untuk rakyat yang tercinta.

Dengan membawa Kassim Ahmad di arena persada negara adalah amat wajar Tun Mahadhir menjawab apakah misinya untuk rakyat Malaysia. Kalaulah untuk memajukan negara setanding dengan negara maju adakah perlu rakyat Malaysia menerima ideologi Kassim Ahmad untuk bangunkan negara. Ini bermakna Malaysia mundur kerana tidak menerima ideologi Kassim Ahmad. Setakat ini Kassim Ahmad tidak bercakap masalah pembangunan negara.

Jika tidak kerana pembangunan mungkin Tun Mahathir ada misi untuk percambahan akademik dan pemikiran tapi malangnya Kassim Ahmad bercakap permasalahan agama yang dia sendiri tidak ada kelayakan dan keupayaan untuk mengemukakan hujjah secara akademik. Atau agama yang macam mana dikehendaki oleh Tun Mahathir agar menjadi ikutan rakyat Malaysia.

Adakah Tun Mahathir ingin rakyat Malaysia ikut agama sebagaimana yang difahami oleh Kassim Ahmad. Mungkin Tun Mahathir mendakwa tidak salah untuk seseorang perkatakan tentang agama selagi mana ada kemampuan untuk membaca dan mengkaji.

Jawapannya mudah. Tun Mahathir diberikan gelaran doktor kerana pernah belajar perubatan dan dapat ijazah kedoktoran. Maka Tun layak digelar doktor dan bekerja sebagai doktor dan layak buka klinik kesihatan. Tun layak bercakap dan berhak membuat keputusan ketika merawat pesakit berdasarkan ilmu yang ada. Tapi kalau ada orang lain yang hanya sekadar membaca dan mengkaji buku ilmu perubatan adakah layak untuk dipanggil doktor dan adakah dia layak untuk merawat pesakit dan boleh buka klinik kesihatan?

Sudah tentu dia tidak layak untuk merawat pesakit walaupun ilmu perubatannya bergunung-gunung.

Begitu juga Kassim Ahmad tidak layak bercakap hal-hal agama sebagaimana seseorang yang tidak ada ijazah perubatan untuk dilantik menjadi pegawai perubatan. Kalau begitu kedudukannya, maka apakah misi Tun menonjolkan ideologi Kassim Ahmad kepada umat ini lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan agama.

Tun mendakwa Kassim Ahmad dilabel anti hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Persoalannya adakah orang tak dapat jawab apa yang Kassim Ahmad cakap atau Kassim Ahmad bercakap apa yang dia jahil maka tak perlu dijawab. Kalau jawab kita buat kerja yang sia-sia. Ibarat ada orang tak siuman bercakap cakap di tepi jalan maka kita cuba perbetulkan apa yang dia sebut sedangkan dia tidak memahami apa yang dia sebut kerana tak siuman. Adakah perlu kita perbetulkan sedangkan dia tidak siuman?

Dalam buku Mustika Hadis ada menyebut perihal mereka yang menghina Rasul walaupun sekecil-kecil perkara tetapi dalam konteks menghina Rasul boleh terkeluar dari Islam. Apakah tuduhan Kassim Ahmad menuduh orang Islam `MENDEWA DEWAKAN Nabi Muhammad saw dalam syahadah kedua tidak termasuk dalam mencaci atau mencela Rasul? Saya tidak menuduh Kassim Ahmad terkeluar dari Islam tetapi perkataannya yang dilafazkan adakah tidak tergolong dalam kategori mencaci dan menghina Rasul saw?

Bagaimana pula penganjur program ini sehingga tersebar kepada seluruh umat? Apakah misi Tun untuk umat ini dengan menonjolkan Kassim Ahmad dalam program ini?

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
YDP Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pasir Puteh merangkap YDP Majlis Syura Isma

http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/apa-yang-dr-m-mahu-daripada-kassim-ahmad-1.252652

Sent from my iPad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s